Kerajaan Perpaduan

June 11, 2009 at 8:09 pm (Uncategorized)

Penat rasanya nak memperkatakan berkenaan kerajaan perpaduan ni… tapi bila melihat-lihat ke blog dan mana2 lagi komen2 dlm internet mengenainya, rasa bersalah pula jika tak lontarkan apa yg tersirat dihati ni. kenapa masih ramai yg sibuk dengan isu ini sedangkan ianya isu yg tidak ada. yang paling penting kenapa saya rasa tiba2 yg para penyokong PAS sendiri, tak kiralah dari ahli biasa dan para pimpinan sendiri yg berterusan mengulas isu yg sepatutnya dah diselesaikan. apatah lagi ianya masih berdasarkan maklumat yg tidak tepat dan jauh menyimpang dari pengertian sebenar berkenaan isu yg bukan isu ini. ini buat saya sedikit kecewa dgn kalangan PAS sendiri yg mula membincangkan sesuatu tanpa difahami dgn jelas akannya terlebih dahulu. jadi, tak kiralah apa pun yg kalian nak marahkan, tentang, bangkang dan sebagainya, tapi yg pasti saya tak tahan bila ada yg berlebih hingga dah rasa dia lebih dari presiden dan para pimpinan yg lain dari segi cerdik dan pandainya pula…

awal sekali ingin saya sentuh berkenaan Muktamar yg baru sudah. kalau kita amati nampak jauh bezanya antara PAS dgn UMNO, berkempen tidak digalakkan jauh sekali nak berpolitik wang. walaupun ada sedikit kecoh dgn perebutan jawatan namun perwakilan ternyata bijak dlm menentukan hala tuju parti seterusnya, kita nak tolak ke idea yg Muktamar bagi satu gerakan Islam ini bukan dipandu dan dijaga perjalanannya oleh pemilik bumi yg kita saban hari lantang dlm bersuara bagi menegakkan agamanya. jika ada, yakin ke kita dgn perjuangan ini, sejauhmanakah keyakinan kita ianya ada hubungan dgn Allah dimana perjuangan kita bukan terletak kawalannya di tangan kita semata2… byk contoh bezanya tapi rasanya siapa yg menghayati perjalanan Muktamar itu akan tahu akan jawapannya.

dalam pada itu timbul lagi isu kerajaan perpaduan, lantas mengundang byk tentangan dan suara2 yg menentang mengenainya bergema kembali. TGHH selaku presiden rasanya akan membuang masa sekali lagi utk menjelaskan isu terbabit yg sebelum ini sudah dijelaskan tapi kita masih juga tak faham dan berterusan membangkangnya dgn lantang dan penuh amarah. saya benar2 kecewa dgn perilaku2 mereka2 ini. dilihat dari jauh oleh UMNO kita digelak2kan kerana satu rancangan mereka sedang berjalan. sudah lah kita tak mengerti sepenuhnya perihal idea kerajaan perpaduan itu, tapi bukan main lantang kita menentangnya seperti ianya benar2 seperti yg musuh mahu kita sangka. sepatutnya ianya sudah dihentikan, tapi seperti yg dikehendaki musuh ianya berjalan dgn lebih menggalakkan pula. lantas kebiadaban kita terhadap presiden pun semakin menjadi2. saya bukan nak membela Dato’ Seri Presiden TGHH, siapa saya utk membela beliau yg mmg gah berdiri menghadapi lautan bergelora dari dulu lagi, tapi saya juga tidaklah ingin mengutarakan sokongan saya tak berbelah bagi pada beliau membabi buta, hanya saya ingin kongsikan disini rasionalnya dlm kita supaya kembali menguatkan sokongan dan bersatupadu dlm perjuangan tanpa dialihkan fokus kita kpd sesuatu yg tidak pun wujud sebenarnya.

TGHH telah melontarkan idea berkenaan kerajaan perpaduan ini tatkala melihat usul di parlimen bagi mengecam tindakan Zionis Israel di Gaza dpt sokongan penuh dgn cepat, memberikan beliau ilham yg ada perkara boleh disepakati dgn cepat dan sebulat suara. sokongan diperolehi dari musuh2 utama kita atau musuh tradisi (UMNO). lantas beliau mencadangkan satu bentuk politik baru di Malaysia iaitu “Unity Government”.  kerajaan perpaduan ini bukan sekadar di Indonesia pernah dipraktikkan, tapi byk negara lain lagi dan ianya digunaka disaat2 kecemasan seperti berlakunya perang saudara. dlm kes kita di Malaysia TGHH mencadangkannya atas dasar kecemasan yg kita hadapi ialah krisis ekonomi terburuk dlm sejarah yg akan dan sedang berlaku. dlm pada itu keadaan di Parlimen yg sentiasa bergolak akibat dari pertembungan pihak2 yg kini kedudukan yg lama berkuasa dgn yg baru berkuasa sentiasa panas sedangkan yg sepatutnya berlaku ialah meneruskan agenda dgn cara masing dlm mentadbir negara dan menjaga rakyat. tapi sebaliknya keadaan yg sentiasa tegang ini mengakibatkan keseluruhan rakyat mulai gusar dan byk golongan atsa pagar yg mula berjinak2 dgn politik dgn mengambil keputusan utk memilih PR mula memikirkan apa yg mereka cuba lakukan (membawa perubahan dgn mengundi PR) seperti mempertaruhkan negara kpd keadaan yg lebih parah apatah lagi kini adalah saat2 yg paling penting utk di pihak mana kerajaan itu, mestilah stabil. kerana pertelagahan berterusan hanya dilihat akan mengundang bencana. TGHH bukan sekadar pemimpin PAS tapi beliau dlm hal ini adalah pemimpin kpd rakyat yg sebenar, dimana tanpa mempedulikan kecaman yg bakal diterimanya, beliau pun menyarankan cadangan kerajaan perpaduan ini supaya semua pihak berhenti bertelagah demi rakyat. nah! apa yg kalin cari selama ini dlm ciri2 seorg pemimpin kini terbukti ada di dpn mata (bagi yg melihat).

wakil2 rakyat PR dan BN sama2 dikecam dan diminta rakyat atas pagar supaya hentikan segera pertelagahan kerana nasib negara di tgn kedua2 pihak, PR dan BN. tindakan yg dilakukan TGHH ini sedikit sebanyak telah mengeluarkan PAS dari kumpulan yg berterusan berpolitik tanpa memikirkan tanggungjawab sebenar. tak perasan ke kita? sewaktu kita masih riang ria meraikan kemenagan besar PR dulu, selepas itu ramai yg dipercayai dari UMNO (kononnya golongan yg tidak berpihak dan menganggap politikawan semuanya sama saja) mula mengeluarkan kenyataan2 berdasarkan keadaan2 dlm sidang parlimen yg dilihat menunjukkan tiada bezanya ahli politik tiu baik dari pihak PR dan BN. ini adalah satu langkah dari mereka UMNO yg melihat kebanyakan undi diperolehi PR ialah rakyat yg sebenarnya berkecuali tapi akibat inginkan perubahan mereka dgn terbuka dan sepakat mengundi PR. tapi bila berbagai cemuhan terhadap ahli2 politik ditujukan juga pada UMNO (kononnya tak berpihak – dulu masa UMNO berkuasa dgn selesa tak ada pula rungutan2 terhadap ahli2 politik) adalah satu langkah utk menghilangkan minat rakyat yg ingin merubah nasib negara dan rakyat ini kpd politik yg dilihat dan ditonjolkan sebagai sia2 kerana hasilnya ahli2 politik ini hanya berterusan berpolitik walaupun telah mendapat mandat besar. kita tidak lihat dari sudut ini betapa bijaknya langkah presiden itu kan? dgn lontaran idea kerajaan perpaduan inlah saya menjawab kpd satu gesaan oleh seseorg yg kononnya mengatakan semua ahli politik ini tidak sikitpun memikirkan rakyat melebihi kepentingan politk. bukankah apa yg dilontarkan presiden ketika itu satu tindakan berkhemah yg secara langsung mempertaruhkan pengaruh politik atau kelebihan politik beliau sendiri yg kin kita dpt saksikan risikonya lontaran idea beliau itu yg mengundang begitu besar satu kontroversi dalaman yg berpanjangan. hingga kini walaupun setelah ditarik balik, beliau masih terus dikecam, lihatlah betapa kejamnya kita menghukum seorg pemimpin rakyat dan bkn seorg pemimpin yg sentiasa berpolitik. kita berterusan menghukum beliau kerana tidak menjadi seorg ahli politik yg sejati, dimana beliau sebenarnya hanya mementingkan rakyat tak kira di sebelah mana pun mereka berada.  kini apa yg saya rumuskan sebelum beliau mengambil alih tampuk kepimpinan parti dulu ada yg bimbang dgn ketegasan beliau tapi kini nyata ketegasan beliau bkn atas dasar PAS, bkn atas dasar bermusuh dgn UMNO atau sesiapa tapi atas dasar menegakkan Islam dan memelihara kepentingan rakyat.

baiklah, kita lihat pula dgn cadangan rundingan tidak akan ditutup dgn mana2 pihak tapi menegaskan gesaan utk mengharamkan SIS akan tetap dilakukan. kita tingglkan isu SIS, semua Islam yg beriman sepakat dlm hal ni iaitu mmg SIS ini patut diharamkan, betul? jika kita tutup rundingan maknanya kita telah membuat satu ikrar akan tetap bersama PR biar apa pun jadi, kita sendiri maklum, kerjasama kita dgn PR mmg saya setuju harus dikukuhkan tapi apa kita patut tetapkan satu penerimaan total dgn mereka juga? kita maklum kita berbeza ideologi juga dgn mereka (DAP & PKR). bila kita buka rundingan ini juga merupakan satu signal pada rakan2 PR yg mereka tak boleh memperkotakkatikkan kita sewenang2nya, dimana kita yg byk memberi sumbangan dlm kemenangan PR dan kita merupakan faktor utama kekuatan PR, lantas dgn biarkan pintu rundingan itu dibuka, mereka harus faham yg kita boleh juga mengambil tindakan yg akan merugikan semua pihak dlm PR. betul dgn kita2 pun habis, kita akan berundur balik seperti dahulu, tapi perjuangan kita bkn demi kemenangan semata2, lupakah kita akan itu? kita mencari keredhaan Allah. jika menang dlm masa yg sama kita terpaksa tunduk pada rakan2 PR walaupun jelas ianya bertentangan dgn Islam, apa maknya perjuangan kita dlm Parti Islam SeMalaysia ini? saya percaya ini adalah sesuatu yg sebenarnya sebagai tujuan lontaran idea yg pindu rundingan akan terus dibuka, namun tidak dinyatakan oleh pucuk2 pimpinan secara jelas, kerana demi menjaga hati rakan2 PR yg lain. namun mereka dlm pada itu harus beringat yg kita tidak akan peduli dgn kekalahan yg bakal menimpa akibat hilang sokongan demi memelihara agenda2 Islam. kita walau dgn siapa jgn kita lupa dgn perjuangan sebenar kita. mmg UMNO musuh utama kita, siapa ahli PAS yg suka UMNO? tak ada, kalau ada mereka tu bkn PAS. tapi kawan2 kita pun bknnya nakkan sgt kita hanya demi kepentingan politik juga. apa yg dilakukan sebagai usaha2 kita bagi mendapatkan sokongan semua pihak terhadap PAS. itu saya percaya apa yg diingini oleh TGHH sebagai presiden PAS. saya bersama2 dgn mereka yg menentang sebarang bentuk kerjasama dgn UMNO atas dasar UMNO tidak mahu Islam dan mereka juga adalah warisan tinggalam penjajah membawa agenda2 penjajahan sehingga kini. tapi saya bkn menentang sebarang bentuk kerjasama PAS – UMNO kerana demi menjaga hati rakan2 PR. bkn demi meneruskan agenda membenci dan bermusuh dgn UMNO yg juga manusia dimana ada kemungkinannya akan berubah jua. bkn juga kerana demi mendapatkan kemenangan PR dan menjatuhkan UMNO semata2, tapi demi mendapatkan kemenangan kuasa bagi pihak Islam.

kesimpulannya, saya dah lama tak menonton TV kerana penuh dgn penipuan dan kekeliruan tanpa ada fakat2 dan tidak dijumpai rasionalnya. kini saya sakit hati menghadap internet bkn bila melihat blog2 atau komen2 dari kalangan musuh, tapi dari kalangan2 sahabat2 sendiri. lantas menyedari mmg jika dilihat kini seperti tiada beza dgn UMNO yg bertelagah dlm pelbagai hal dari yg kecik hingga yg besar, tapi sekurang2 kurangnya isu yg mereka gaduhkan itu berasas, tapi berkenaan kerajaan perpaduan ini seolah2 presiden sedang mengkhianati partinya sendiri sedangkan apa yg dilakukannya hanya lah peranan sebagai seorg pemimpin rakyat, dlm masa yg sama ianya membawa kebaikan pada parti juga. kita tak nampak bukan? sebab kita suka sebenarnya bernusuh. itu satu dari sifat semulajadi manusia yg didorong oleh nafsu, kita terlalu sygkan permusuhan kita dgn UMNO dan pelbagai alasan kita utk berdendam menjadikan kita cepat dan akan terus melatah dgn sebarang idea bagi kita meninggalkan permusuhan itu.

saya berharap sgt2 isu ini tak akan lagi hangat diperkatakan, jgn kita berterusan melatah dgn jolokan2 musuh. kelak bila tiba2 rakan2 kita yg tiba2 menjalinkan kerjasama dgn UMNO, masa itu kita pun baru nak berfikir dimana kita berdiri sebenarnya? di sebelah kiri ke atau di sebelah kanan. masa itulah baru kita terhegeh2 nak mengangkat martabat presiden dan pimpinan2 yg lain yg selama in jenuh menyuruh kita jgn berganjak walau seinci ke kanan dan seinci pun ke kiri. kita mesti terus berdiri dan berjalan di jalan yg lurus tanpa melencong kemana2.

Permalink Leave a Comment

Demokrasi

May 20, 2009 at 7:50 pm (Uncategorized)

Dalam sistem Syura dan Khalifah, perlantikan amirul mukminin itu ditentukan oleh majlis Syura yang terdiri dari para ulama. (atau para sahabat).

Berbeza dengan Demokrasi, perlantikan melalui beberapa proses dalaman parti-parti politik dan kemudian para pemimpin itu ditentukan oleh semua rakyat melalui pilihanraya, dan mereka pula akan membentuk kabinet. (Demokrasi Berparlimen).

Dengan sistem syura dan khalifah, ahli majlis syura tadi akan berbincang dan meneliti calon-calon yang akan jadi pemimpin itu supaya selari dengan tuntutan syarak. keputusannya baik kerana diputuskan oleh mereka-mereka yang ‘ahli dan berilmu’, maka pemimpin itu tidak berkuasa secara mutlak, dimana majlis Syura berhak menyingkirkan pemimpin itu jika pemimpin atau Khalifah berkenaan lari dari tuntutan yang sepatutnya.

Dalam hal ini, jika dipraktikkan kini pun mungkin ada kelemahannya, dimana ada kemungkinan semua ahli majlis Syura itu berkemungkinan dibeli. Lebih mudah untuk menjaga sejumlah ahli majlis itu.
Sistem Demokrasi (raja berpelembagaan) juga ada kelemahan-kelemahan seperti yang kita hadapi sekarang, namun ianya telah ditetapkan untuk digunakan di Negara ini, untuk mengubahnya adalah sesuatu yang kurang bijak jika dibandingkan dengan memperbaikinya.

Sistem Demokrasi ini, kelemahannya adalah rakyat yang terdiri dari yang suka dengan maksiat, jenayah dan macam-macam lagi juga berhak memilih pemimpin. jika dibandingkan dgn sistem Syura dan Khalifah itu, mungkin banyak kurangnya, namun kebaikannya adalah ianya adalah satu keputusan mutlak dari yang akan dipimpin (rakyat), dari segi kemanusiaan, ianya juga baik. Dimana soal dosa pahala itu urusan yang maha kuasa, seperti kita sedia maklum, namun kita mesti melaksanakan kewajipan kita dalam memelihara keamanan, tapi katalah penjenayah-penjenayah atau pelaku-pelaku maksiat ini juga terdiri dari mereka yang ingin berubah dan mengharapkan pemimpin yang soleh, bukankah disini, dia mendapat haknya dalam memilih pemimpin dan juga pihak-pihak yang benar-benar ikhlas itu juga diadili dari pelbagai sudut termasuk dari lorong gelap. Dengan pertimbangan dari kesemua rakyat ianya juga boleh menghasilkan satu keputusan demi kebaikan berdasarkan ‘fitrah’ manusia itu yang sentiasa inginkan kebaikan. Dalam kita memandang keji segolongan pesalah, jauh disudut kebenaran, mereka inilah yang jauh lebih sedar akan perlunya pada ajaran agama dalam kehidupan dimana kedahagaan mereka sebelumnya tidak dipenuhi yang mengakibatkan mereka terjerumus dalam kancah maksiat yang hina. Maka disini, dengan kesedaran dan pendidikan yang betul rakyat secara kolektifnya boleh dibentuk sebagai masyarakat berilmu lantas menjadikan satu pemerintahan yang ditentukan majoriti rakyat yang berilmu ini dapat menjana kemajuan dan kesejahteraan kehidupan rakyat itu kembali.

Satu lagi yang saya nak sentuh adalah sistem beraja. ini mungkin sensitif tapi saya rasa kita disini untuk berbincang, jadi apa salahnya, sekadar pandangan.

ramai yang menganggap sistem beraja ini juga mengarut, namun disini cuba kita kaji mengapa wujud sistem ini yg dilihat segelintir kita seperti tidak adil.

Sistem beraja, adalah sistem pemerintahan yang sistematik, dipraktikkan dalam banyak pemerintahan, kerana.., sistem beraja boleh menjadikan satu kestabilan politik dimana tidak perlu wujud pihak untuk berebut kuasa mutlak kepimpinan. Dan bila ia diwariskan, ia juga adalah sesuatu yang baik, dimana pemerintah yang bakal mewarisi itu juga boleh dibentuk kepimpinannya dari peringkat seawal kanak2 lagi. Dengan itu warisan satu bentuk perancangan kemajuan itu dapat juga diselaraskan bagi membentuk satu perjanjian bagi melindungi kesinambungannya. Tidaklah patut, dimana jika satu-satu perancangan pembangunan sebagai contoh, ditetapkan, tapi apabila naik pula pemimpin yang lain ianya boleh dibatalkan sewenang-wenangnya. Asalnya di Tanah Melayu ini juga, pemerintahan dilakukan oleh Raja-raja dimana panduannya adalah bersumberkan dari orang paling kanan dalam istana, iaitu Penasihat agama. Keputusan mutlak Raja yang telah dirujuk kepada Penasihat agama dan pembesar-pembesar tidak boleh senang-senang dibatalkan. Ianya juga hanya dibatalkan oleh Raja itu sendiri.

Inilah sebab mengapa sistem beraja ini banyak digunapakai di seluruh dunia. untuk mewujudkan keharmonian, keamanan dan kestabilan politik yang berterusan.

Dari satu generasi ke satu generasi. Institusi Raja, adalah simbol yang menjadi tunggak satu-satu kerajaan. Ia adalah institusi terpenting untuk melindungi sesebuah Negara dari dipengaruhi oleh pengaruh-pengaruh asing, dimana kita dapat lihat pada Negara-negara republik, yang presidennya boleh disifatkan sebagai boneka. dengan itu institusi pemerintahan beraja ini wajar dilindungi.

Zaman nabi wujud sistem-sistem pemerintahan yang pelbagai, namun sistem khalifah dan syura yang kita tahu kerana nabi dan para sahabat mempraktikkannya. namun kerajaan-kerajaan lain disekitarnya ketika itu menggunakan sistem-sistem yang berlainan, tidak ada tentera Islam memerangi mereka kerana sistem yang digunakan. Yang diperintah oleh nabi S.A.W adalah supaya siapa saja pemimpin, raja, presiden dan apa saja pemimpin yang disekitar itu memimpin masyarakat dan mentadbir negara berpandukan Islam malah menggunakan sistem Islam di dalam semua bentuk kehidupan dan pengurusan.

Apa sekalipun sistem pemerintahan tidak mengapa, namun yang wajib ialah mesti berpandukan dan berasas pada Al-Quran dan sunnah.

Lebih dari itu keberkesanannya adalah atas usaha kita dan akhirnya Tawakkal.

Permalink Leave a Comment

Menuduh orang memfitnah juga adalah dosa

May 18, 2009 at 6:59 am (Uncategorized)

berbagai bentuk tulisan, kenyataan dari berbagai pihak, yg kita baca dan kita dengar saban hari. dalam pada itu tanpa kita sedari, ramai kini dengan sewenang2nya menggunakan perkataan ‘fitnah” dalam kenyataan2 meeka. setiap satu2 berita itu dengan mudah disangkal dengan mengatakan yang ianya adalah sekadar fitnah. begitu mudah sekali ianya digunakan.

sesetengah pihak menggunakan alasan bahawa gejala memfitnah ini mesti dibendung untuk menghalalkan sekatan keatas satu2 pihak. alasannya udah, kononnya mereka menaburkan fitnah. bila satu2 perkara itu dibangkitkan ianya tidak disangkal dengan hujah mahupun bukti2 tetapi ia hanya terus disifatkan sebagai fitnah yang mengandungi niat buruk disebaliknya.

apa pun ia, sesuatu perkara yang disifatkan fitnah itu sendiri mesti disahkan terkebih dahulu sebelum ianya digolongkan dalam berita yang berbentuk fitnah atau sebaliknya. jika ia betul fitnah, tindakan boleh diambil, sesuatu yang tidak ada pengesahan melalui mana2 proses seumpamanya tidak boleh terus di cap sebagai fitnah. ingat! menuduh orang membuat fitnah itu juga berdosa. dan fitnah ini bukan kecil dosanya malah lebih besar dari membunuh, bermakna menuduh orang membuat fitnah juga adalah berat tuduhan itu. mengapa mesti kita denga sewenang2nya menyifatkan sesuatu berita itu sebagai fitnah, sering berlaku apabila berita itu bukan yang disenangi oleh kita. sekiranya kita menafikan sahaja sudah memadai dan jika ada pihak yang mendakwa tidak berpuas hati, kemukakan bukti. jika tidak ada bukti, ianya pun tidak boleh terus dilabelkan sebagai fitnah, selagi ianya berasas, dalam ertikata lain, ada fakta2 yang menyokong namun mungkin yang dituduh tidak disabit kesalahan dengan dakwaan itu mesti dilepaskan, bagaimanapun dakwaan dari yang mendakwa tidak boleh disifatkan sebagai fitnah. dalam pengadilan Saidina Ali r.a berkenaan seorang yahudi yang mencuri baju besi beliau, kemudian dilepaskan mahkamah kerana tidak cukup bukti, adakah beliau dihukum sebagai memfitnah si yahudi itu. tidak, tetapi kerana tidak cukup bukti dakwaan tidak berjaya.

apa sekalipun, jangan dengan mudah kita melabelkan yang orang2 bercakap apabila menyentuh sesuatu yang tidak disukai kita saja, ianya terus dikategorikan sebagai fitnah. jangan bermain dengan tuduhan. jika kita difitnah sekalipun, mohon perlindungan Allah, bukan kita mengamuk seluruh kampung mengatakan kita difitnah, boleh jadi ianya hanya salah sangka. jika kita benar tunggu dan perlahan2 selesaikan permasalahan dengan cara yang tertib, dan berhujah dan kemukakan bukti sebagai sokongan.

antara langkah yang boleh diambil untuk mengesahkan sesuatu perkara sebelum kita dengan mudah menuduh orang melakukan fitnah, adalah:

jika terdapat kenyataan dari mana2 pihak yang dinyatakan secara terus tanpa bersembunyi atau tulisan yang dikenalai dan ada pengakuan dari yang menulis bahawa betul dia yang menulis. maka bawalah perkara itu ke mahkamah, berhujah dan kemukakan bukti2 atau apa bahan sokongan terhadap dakwaan mahupun penyanggahan terhadap dakwaan itu dan lalui proses pengesahan itu dengan tertib dan dewasa. insyaAllah kebenaran akan muncul, dan ketika itu, jika sesuatu dakwaan tadi dapat dibuktikan salah, bertanyalah pada pembuat kenyataan mahupun yang menulis, apakah sebab atau punca ia dilakukan, mungkin ketika ini, dia akan dapat memberi penjelasan yang wajar diterima, maka atas budi bicara bolehlah dianggap kes ini hanya salah faham sahaja. namun jika ianya sengaja diada2kan dengan niat yang tak baik, akan diambil tindakan sewajarnya pada yang bersalah dan dia pun akan malu sendiri dan pasti tersemat hatinya samada tak akan mengulangi perlakuannya itu atau selepas ini akan melakukannya dengan lebih baik dan cukup terancang. yakin lah pada kebenaran dengan keimanan yanhg tinggi terhadap kuasa Allah s.w.t.

jika sesuatu perkhabaran itu pula didapati atau didengari melalui khabar2 angin, siasat dan cari puncanya. jika tidak berjumpa bolehlah ianya disahkan tuduhan yang tidak berasas, dan yang memulaknnya akan mendapat balasan, pasti. dan sekiranya berjumpa dengan punca dan sebab2 ianya tersebar, lakukan proses yang sama seperti tadi iaitu melalui muka pengadilan. dan sah kan samada ia merupakan fitnah atau tidak. boleh jadi salah faham. jangan lah biarkan dengan hanya alasan fitnah, seseorang dihukum penjara tanpa bicara tanpa pengesahan yang sepatutnya. jika dia dituduh menbuat fitnah juga, adala merupakan suatu penganiayaan. dan Allah memakbulkan doa orang2 yang teraniaya. kita pun tak tahu apa yang didoakan dan bila akan dimakbulkan doa itu. waspada lah. Allah maha kuasa atas segala sesuatu.

wallahualam…

Permalink Leave a Comment

Selamat Pagi

May 18, 2009 at 6:56 am (Uncategorized)

Alhamdullilah, sehari lagi dibangkitkan dari tidur dengan izin Allah untuk menyambung umur yang telah ditetapkan. Boleh dikumpul lagi persediaan untuk hari kebangkitan yang sebenar kelak. Mengumpul bekalan akhirat yang kekal abadi. Diharapkan semalam diberkati umur yang telah digunakan itu dan hari ini dibukakan jalan yang lenih luas untuk membuat amal seperti yang dituntut, yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tidak baiknya itu datang dari diri kita sendiri. Semoga sentiasa berada bawah jagaan.

Entah bagaimana, sedari dari tidur, bermain-main dalam kepala berkenaan dialog seseorang yang ditemuramah di dalam satu rancangan di radio yang ketika itu aku dengar waktu di dalam kereta (memang waktu memandulah waktu aku dengar radio). Dalam temubual itu yang diselangi pemanggil untuk membuat pertanyaan dan memberi pandangan berkenaan tajuk yang dibincangkan (dah lupa pun tajuknya beberapa hari lepas) dan salah seorang pemanggil memberi pandangan berkenaan seorang pemerintah yang baru sahaja mengambil alih tampuk pemerintahan sebuah Negara. Pemimpin itu disifatkan membawa satu slogan baru dalam pemerintahannya, tetapi ketika baru juga ia berdiri berucap dengan slogan barunya itu, beberapa hari selepas itu pemimpin yang samam menyeru atau melakukan sesuatu yang langsung tidak mencerminkan slogan yang telah ditetapkan itu. Pamanggil itu memberikan keluhannya berkenaan perkara itu. Begitulah sehingga tamat panggilan tersebut.
Yang ditemuramah dan yang menemuramah (sudah pastilah menyebelahi pemerintah yang jika tidak jangankan mereka malah radio itu juga boleh dinafikan terus kewujudannya) sehabis saja panggilan itu, respon dengan gaya agak sinis terus mengatakan adalah tidak wajar secepat itu pemerintah itu diadili sebegitu rupa. Yang ditemuramah itu pun mengulas, mengatakan yang baru naik itu baru sahaja mengambil alih tampuk pemerintahan, maka wajar kita memberinya peluang untuk melaksanakan apa yang telah dikata. Dengan lembut bicara dan susunan kata beliau memberi ulasan yang panjang lebar dan disokong oleh yang menemuramah juga. Salah satu kenyataan yang masih diingati ialah, kita harus menerima keputusan yang telah disepakati dengan hati terbuka dan memberi sokongan padanya (keputusan perlantikan pemerintahan diterajui orang yang baru pula).

Seperti baru dapat memikirkannya pula, pagi ini hal itu pula yang bermain di kepala, walhal ianya jadi beberapa hari sudah. Ketika itu tak dapat memikirkan apa-apa mungkin seperti biasa bila mendengar sesuatu seperti itu apa yang mampu dilakukan hanya tergelak kecil dan kelucuan amat terasa, lumrah.

Apa yang ingin disebutkan disini, pertamanya si pemanggil tidaklah terus mengadili dengan membabi buta, tapi pemanggil itu mempersoalkan berdasarkan apa yang tidak sepatutnya berlaku (ketika pemimpin itu baru naik dengan slogannya itulah, perkara yang bercanggah dengan slogannya itu dilakukan). Dia tidak mengatakan tak yakin atau apa saja kenyataan yang dia mengadili situasi berdasarkan andaian dan sebagainya. Dia hanya member satu persoalan yang agak menarik kerana satu soalan yang memerlukan jawapan bagi membela perlakuan yang dilakukan pemimpin itu. Bukan penjelasan berkenaan keputusan perlantikan pemimpin itu harus diterima atau tidak. Dan bukan juga persoalan ingin menutup peluang pemimpin itu melaksanakan apa yang telah dijanjikan.

Kedua, adakah kita akan sentiasa dengan situasi sentiasa memberi peluang kepada satu kumpulan yang sememangnya dari dulu sentiasa memerintah ini. Sebelum ini begitu juga, berlaku banyak kesilapan dan ketika sokonga merosot, ditukar pemimpinnya, dengan slogan yang baru diraih kembali sokongan. Pemimpin tidak melakukan tugas dengan baik, ternyata banyak kesilapan dan kesalahan akhirnya satu ledakan memprotes berlaku dan pemimpin itu ditolak. Kini ditukar lagi dengan yang lain, slogan pun dah tentu lain, kerana pemimpin sebelumnya ditolak dengan slogannya sekali. Dan sudah tentu yang baru mesti mempunyai idea tersendiri dan prinsip yang lain pula demi meraih sokongan. Jadi setiap kali berlaku penolakan, atas alasan ini mereka harus diberi peluang lagi untuk sekelian kalinya. Persoalannya berapa peluang yang diperuntukkan? Dan setiap kali peluang diberi dipersiakan dengan mudah. Jadi dengan itu berapa kali penukaran pemimpin dan slogan-slogannya akan berlaku sehingga masalah benar-benar dapat diselesaikan. Dalam masa yang sama masa berlalu, bukankah lebih tepat jika untuk diatasi masalah itu, kenyataan ‘diberi peluang ‘ itu adalah untuk satu kumpulan lain yang sememangnya lain serba serbi, bukan sekadar pemimpin dan slogan tapi segala-galanya. Yang paling penting dasar yang berlainan diatas prinsip yang berlainan. Konsep penukaran pemimpin ini tidak lagi boleh digunapakai, jika sistem, dasar dan prinsip yang sama digunakan, yang terbukti tidak berguna adalah tiga perkara ini. Yang terbukti tidak dapat melahirkan pemimpin yang sebenar dan tidak berkesan bagi sebarang bentuk penyelesaian. Ianya secara total harus digantikan dengan yang lain. Penukaran pemimpin dan slogannya sahaja berisiko perkara yang sama berulang, dimana atas konsep bahawa dalam pemerintahan Negara bukan bergantung pada seorang pemimpin tetapi kepada satu kumpulan yang dinamakan kerajaan. Ianya memerlukan kerjasama, dimana sekiranya pemimpin yang baru ini, yang dahulunya tidak berada jauh dengan pemimpin sebelumnya sudah ada peluang yang dipinta untuk diberikan ketika ini. Mereka berdiri dan bergerak dalam kumpulan yang sama. Ianya bukan tergantung pada seorang tapi semua ahli kumpulan itu. Jika ini tidak diselami, maka risikonya pemimpin abru ini apa pulak jadinya nanti, adakah jika berlaku lagi permasalahan, maka selepas ini ditolak pula beliau dan diganti pula dengan pemimpin yang lain dari kumpulan yang sama dengan slogan tersendirinya pula. Sampai bila harus begitu? Jadi kumpulan-kumpulan lain harus dibubarkanlah, begitu? Tiada perlunya.

Ketiga, terimalah keputusan ini dengan hati terbuka dan sebagainya… bilamasa adanya pemilihan. Siapa yang memilih pemimpin baru itu. Ianya diberi pangkat itu bukan atas pemilihan. Dan ketika persoalan ini datang di kepala, tawa kecil ketika mendengar rancangan itu tiba-tiba dirasakan bodoh. Terasa bodoh diri ini bila mengenagkan boleh ditawakan benda yang bodoh seperti ini. Dimana logiknya, yang disoal dan yang menyoal tidak sekata. Masing-masing dalam tajuk yang berlainan. Yang penting yang ditanya atau yang menerima komen pemanggil itu member ulasan panjang lebar tanpa jawapan atau tanpa isi kandungan yang dapat meredakan keluhan tersebut.

Maka mungkin boleh diputuskan tulisan yang lahir dari minda ku di pagi jumaat ini juga adalah sia-sia, kerana situasi di Negara kini kita berdepan sesama kita dengan bentuk percakapan yang berlainan. Satu pihak bercakap berkenaan kebenaran dan satu lagi pihak yang bercakap demi melakukan pembelaan, sokongan atau lebih tepat penafian yang berterusan.jika dibuat rumusan berkenaan isi kandungan dua kumpulan yang saling bertentangan ini bukan boleh diibaratkan seperti perlawanan bolasepak contohnya, dimana satu pasukan sedang dengan bergayanya mengawal permainan, membuat gerakan-gerakan berbahaya tetapi apabila satu pasukan itu mahu menjaringkan gol, satu pasukan lagi alihkan tiang gol. Mungkin berat tiang gol, tak dapat nak buat selalu, taktik lain pula, ditetapkan yang semua pemainnya bole menangkap bola dengan tangan. Bila pengadil beri sebarang keputusan mereka membantah malah jika diberi kad kuning sebagainya mereka ambil pula kad itu dari pengadil dan campakkannya keluar padang. Dan berbagai lagi yang tak masuk akal dan amat bertentangan dengan peraturan demi tidak mahu kalah sedangkan jika mereka main dengan betul mungkin tidak teruk mana kekalahan yang semakin jelas akan berlaku itu. Nampaknya pasukan ini hendaklah dikeluarkan terus dari pertandingan atau liga yang dianjurkan terus kerana mereka sudah menjadikan permainan bercelaru dan tidak seperti permainan langsung, malah boleh dikatakan merosakkan permainan dan penonton juga menjadi bingung dengan perlakuan mereka.

Penukaran pemain juga berlaku sewenang-wenangnya. Peraturan-peraturan yang telah dipersetujui sebagai syarat-syarat permainan kini dilanggar sesuka hati dan dituduh pula pasukan yang satu lagi bermain tipu. Jika ditonton perlawanan ini, jadi bodoh jugak kita lama-lama jadi demi kebaikan biarkan mereka di padang dan pasukan satu lagi dengan penonton yang masih waras, tinggalkan mereka itu. Kalau nak sihat nanti, baiklah agaknya mereka-mereka itu. Kita buatlah apa-apa yang patut dan apa yang perlu dengan apa yang ada dahulu. Biarkan mereka seronok sendiri, sampai mereka puas walaupun tak tahulah sampai bila agaknya.

Begitulah senario yang rasanya dapat dilihat seharian kini. Pertembungan dua pihak ini dilihat semakin entah apa-apa. Satu kumpulan dah betul dengan hujah-hujah yang mantap dan berfakta, sedangkan kumpulan satu lagi dilihat merapu meraban.

Baiklah nampaknya diri ini dah jauh melilau meninggalkan tajuk yang berdasarkan temuramah di radio yang disebut di peringkat awal tulisan ini, kalau diteruskan kemana pulaklah nanti akan dibawa, sebelum diri ini juga disifatkan merapu meraban, sebaik-baiknya berhenti disini dan pergi menyantap sarapan yang perlu dibeli terlebih dahulu. Jika tidak diisi perut ni, memang merapu sampai ke sudah la jawabnya.

Akhir kata, satu lagi PRK akan tiba, tak tahu macam mana pula bentuk persediaan dua pihak, tapi rasanya, satu lagi episode diantara yang bercakap dengan yang merapu akan berlaku. Nak senyum pun tak lalu dah, tiada kelucuan lagi dengan scenario yang berulang ini, sebaliknya kebimbangan dengan permasalahan utama Negara yang semakin serius dengan ekonominya, Agama dengan tentangan dan pengkhianatannya dan Bangsa yang yang tak tahu asal usulnya.
Wallahualam…

Permalink Leave a Comment

Usrah

May 18, 2009 at 6:53 am (Uncategorized)

Pernah sekali, dulu di Puduraya, ketika sedang menunggu bas waktu menghantar adik untuk balik ke sekolah, berjumpa dan berbual dengan seorang warga Turki. ketika itu saya sedang membaca Harakah, kalau tak silap waktu2 dekat dengan pilihanraya. kami berbual dimulakan dengan tajuk kalau tak silap saya, saya buka bicara berkenaan bolasepak, saya menanyakan padanya dimana Hassan Sas bermain ketika itu. dan beliau tak tahu rasanya…

apa pun, perbualan kami menjadi rancak apabila bercakap soal politik. beliau menyarankan pada saya yang politik itu kotor, dan tidak sepatutnya mana2 gerakan Islam melibatkan kumpulan mereka dengan politik. kami berbincang dan saya mempertahankan dengan penglibatan parti Islam dalam arena politik di negara ini. rupa2nya definasi politik kami masing2 juga berbeza. beliau menganggap politik ini dikuasai oleh pihak2 tertentu yg sudah semestinya tidak akan membenarkan Islam itu sendiri berkuasa. definasi politik pada beliau ialah, corak atau permainan kotor org2 yg ingin berkuasa. dan pada beliau dalam Islam tiada politik. saya setuju dalam masa yang sama juga tidak setuju, saya menyatakan bahawa penglibatan Parti Islam disini dalam arena politik adalah lebih kepada menggunakan saluran demokrasi yang ada untuk menegakkan agama supaya menjadi satu sistem atau tulang belakang segala sistem yang ada dalam pentadbiran, kemasyarakatan, pendidikan, ekonomi dan pemerintahan. beliau mendengar dengan baik dan menerimanya, apa yg beliau bimbang ialah, penguasaan media oleh Zionis (saya berpendapat mereka ini adalah org suruhan Dajjal – bukan setakat Zionis) melalui pengamatan beliau, katanya di Malaysia ini sendiri gah berdirinya bangunan kelab rotary dan beliau menyatakan mereka ini terdapat ramai disini. menurutnya disini mungkin masih boleh menggunakan saluran demokrasi, kerana Islam itu masih tidak dilihat sebagai ancaman, tetapi beliau mengingatkan, yang jika ada terdapat lonjakan kuasa di pihak kumpulan Islam, pasti akan berlaku rombakan besar-besaran undang2 dan sebagainya. beliau menyifatkan perhatikan media terutamanya, ianya akan kelihatan sangat jelas bagaimana mereka akan membela dan cuba menguasai fikiran rakyat demi mempertahankan kuasa pemerintah yang tidak mahukan Islam. beliau menyatakan, kamu menentang pemerintah kamu atas nama Islam, tapi tahukah siapa yang berdiri di belakang beliau yang sedang sibuk berada di seluruh dunia memastikan Islam itu tidak beroleh walau sedikit ruang sekalipun. namu beliau akur dengan pandangan saya dengan mengatakan, selagi boleh digunakan apa saja saluran yang ada, betul juga, gunakan sebaik2nya, atas niat dakwah, dan beliau setuju jika perebutan kuasa pemerintahan demi menegakkan Islam, namun dinasihatkan saya agar berjaga2, kerana musuh kamu yang sebenar tidak kelihatan, mereka ini berada di sebalik tabir.

kemudian saya tanyakan padanya bagaimana di Turki pula? tidak adakah niat mereka untuk melibatkan diri dalam politik atau sebagainya. demi menegakkan Islam. apakah pengaruh2 perjuangan seperti Jamaluddin Al-Afghani sudah tidak subur lagi. beliau senyum dan berkata, kamu mungkin tidak dapat bayangkan keadaan disana, kerana Turki jauh lebih kedepan dari segi ketamadunannya. saya tidak menafikan, beliau mengatakan yang bila satu2 negara itu maju dan tamadun serta sejarahnya yang begitu tua itu berkembang. begitu juga dengan kejahatannya, ianya telah sampai satu peringkat yang lebih jahat dari negara lain yang perkembangan tamadunnya masih di peringkat pertengahan. mudah kata, lagi tua satu2 tamadun itu lagi hebat kejahatan dan penentangannya. oleh itu, disana mereka tidak ada langsung peluang untuk melibatkan diri dalam politik, hanya yang berfikiran sekular sahaja, yang Islam sejati dan pejuang2 akan dihapuskan walau ada sedikit berita mengenai perkembangan gerakan atau pengaruhnya. sekatan disana terhadap Islam amat hebat mengalahkan mana2 sekatan yang ada. mereka bagaimanapun bergerak tapi secara sulit, tidak boleh dhidu oleh pihak berkuasa, di sana mereka berkumpul dalam jumlah yang kecil dalam menyampaikan maklumat dan dakwah. ianya dilakukan tidak rasmi supaya tidak begitu kelihatan, malah perjumpaan2 mereka juga tidak ubah seperti pengumpulan ahli keluarga terdekat sahaja. dalam pertemuan itu mereka berdakwah dengan ahli2 baru yg hanya dibawa paling ramai pun dua org saja. ianya semakin hebat namun masih secara rahsia dan sulit. perkembangannya amat positif, mereka berbincang berkenaan masa depan Islam, dan disamping menerangkan dan berdakwah dengan yang hadir buat pertama kali atau kedua kali. Alhamdullilah, tiada pula setakat ketika yg saya dengar, cerita2 yg ahli2 gerakan ini tertangkap dan sebagainya, moga mereka terus dilindungi Allah sentiasa. Islam dan Turki mempunyai hubungan yang amat kuat, oleh itu pemerintah disana habis kesemuanya dikuasai (Zionis) demi menyekat perkembangan Islam. berbagai usaha dlakukan kalau boleh untuk menghapuskan terus Islam. akhirnya, perbualan kami akan berhenti setakat itu, dan bas yang beliau tunggu pun tiba. kami mengucapkan selamat keatas diri masing2 dengan penuh doa terhadap perjuangan masing2. satu pertemuan yang saya tak akan lupa sampai bila2. sedetik waktu untuk segumpal ilmu dan manfaat dikongsi bersama. bahagia rasanya dapat mengetahui perkembangan saudara2 yang lebih susah perjalana perjuangannya berbanding kita, namun dimana pun kita berada, kita masyarakat Islam ditentang dari semua sudut dan dari segala bentuk penindasan. kuasa2 yg besar bersatu menentang kita. namun kerana Islam ini bukan agama manusia, dan ianya agama Allah, maka mereka mungkin boleh mendabik dada dengan kekuatan yang diberi pinjaman dari pencipta, tetapi dalam pada itu mereka adalah amat rugi kerana menentang agama Allah, kerana tidak mungkin mereka akan beroleh kemenangan. dan kita umat Islam, jangan gundah dan jgn bimbang, kemenagan kita adalah jani dqari Allah yg menciptakan segala isi perut muka bumi dan alam semesta ini. tak mungkin dan mustahil ianya tidak terjadi, iaitu kemenanga sudah pasti milik kita, kemenangan di akhirat kelak, semoga kita tidak tergolong dalam kumpulan org2 yg rugi itu.

pasti saya terlupa menyebut gerakan yg dimaksudkan oleh sahabat tadi, gerakan yang merupakan satu2 nya harapan masyarakat islam turki dalam mengekalkan dan mengemabangkan ajaran Islam disana itu ialah Gerakan Usrah. saya tidak sempat memberitahu beliau yag kita disini ada gerakan seperti itu juga memalui parti Islam, namun mungkin ketika itu sendiri saya tidak nampak lagi Usrah2 disekitar perumahan saya, menjadikan saya tidak terbengkitkan hal itu.

saya rindui saat2 mengikut ayah saya berusrah tiap minggu. dan jika dikaji, ia adalah kekuatan PAS yg sebenar yg patut dikekalkan atau disemarakkan kembali. insyaAllah, yg baik itu pasti jadi bila kita usahakan.

wassalam…

Permalink Leave a Comment

Pelayaran yg melanda ombak sederhana

May 18, 2009 at 6:49 am (Uncategorized)

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w. b. t seperti biasa adanya kelapangan saya menjengah ke blog2 utk mengikuti perkembangan politik semasa, kini, dengan adanya blog2 ini, sedikit sebanyak kita dapat berhubung sesama kita dengan lebih kerap. Alhamdullilah. beberapa blog yang saya ikuti nampaknya banyak berkisar berkenaan PAS yg akan menghadapi muktamar, dimana pertembungan pendapat dan berbagai isu dalaman kini muncul dan diapi2kan lagi yang ada dikalangan mereka itu seperti tidak berperibadian sebagai ahli PAS. saya tidaklah sematang mana dalam perjuangan, tapi rasanya dibesarkan dalam suasana PAS yang sebenar dapat membezakan corak pertuturan orang2 PAS dan yang bukan atau yang mungkin masih baru. apa sekalipun, ianya masih sekadar andaian. walaubagaimanapun, saya ingin berkongsi pengamatan saya terhadap perkembangan PAS sedikit sebanyak dan apa yang saya rasa berlaku di dalam PAS itu sendiri. pertama, kita lihat dari perspektif pimpinan. dari kacamata pucuk pimpinan yang diterjemahkan melalui suara pemimpin kesayangan kita atau presiden. sejak dari awal perjuangan, penglibatan beliau dalam perjuangan tidak boleh sedikit pun dipertikaikan, PAS diibaratkan sebagai hidup beliau, segala2nya. tidak ada yang lain melainkan perihal perjuangan sahaja yang menjadi agenda sehari2 beliau sejak dari dulu lagi. sebagai pemimpin, apa yang beliau lihat dan fikir tidak sama seperti kita ahl biasa, oleh yang demikian tidak semuanya apa yang dilontarkan beliau disenangi kita sentiasa. banyak unsur2 yang perlu dipertimbangkan dan kebimbangan beliau tidak lah lain tapi demi menjaga kestabilan dan kesucian parti disampaing menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin untuk membela rakyat. jika dilihat pasca PRU 12 ini, cuaca di dalam PAS sudah banyak berubah, ini yang kita bincangkan; 1. PAS sedikit bergolak kerana PAS tidak menerajui PR, dimana ramai ahli PAS tidak suka dengan senario ini, ditambah lagi dijolok pula oleh suara2 dari UMNO, maka ianya dilihat semakin menjadi, lantas dari persepakatan yang dibuat di dalam muktamar lepas, PAS akan meneruskan agenda bagi memantapkan hubungan sesama PR. namun selepas beberapa siri pengkhianatan yang berlaku oleh wakil2 dari parti yang masih mentah itu, menyemarakkan kembali pergolakan ini. 2. Isu-isu yang diada2kan. tidak tahu dari mana muncul, dikatakan PAS kini dipengaruhi oleh pihak2 Erdogan dan sebagainya, tidak ada asasnya kemunculan isu ini, namun kemungkinan ianya wujud tidak boleh dinafikan, jika dilihat kita semakin kuat, musuh2 juga akan mula mendekati kita. namun, PAS adalah perjuangan yang dilindungi Allah, kita ahli wajib yakin dengan yang ini, insyaAllah, jangan terlalu bimbang hingga menggugat keimanan kita sendiri. 3. Yang terbaru, isu yang ditimbulkan oleh pimpinan sendiri, yang tidak disengajakan, namun ini adalah terjadi kerana ahli2 kini dapat berhubung dengan mudah, biasanya dulu, sebelum berita tersebar, ianya sudah terlebih dahulu disahkan, sekurang2ya sempat satu kenyataan rasmi bersama dapat dibuat ekoran dari maklumat yang sampai pada peringkat ahli biasa sampai agak lambat. Kini yang panas adalah berkenaan kepimpinan Ulama. disini kita lihat banyak pertembungan dan percanggahan yang setakat ini boleh dianggap sihat berlaku. pandangan saya: 1. sebagai ahli PAS saya juga tidak suka dengan keadaan dimana PAS tidak menerajui kepimpinan PR, namun kita telah bersepakat sebelum PRU, maka keputusan selepasnya kita harus terima, kerana ini pasti tidak mendatangkan banyak kesan jika PR tidak menang besar dalam PRU itu. namun lupakan sola itu, dimana jika kita menyedari akan keadaan ini, jangan kita sibuk dengan menentang mereka yang berpakat denga kita, tapi inilah peluang yang amat baik untuk kita memantapkan parti, kita harus ambil peluang ini demi mendekati mereka2 ini yg bersama PR melalui PKR atau DAP. kita harus guna kesempatan ini untuk memperkenalkan PAS itu dengan lebih mendalam, dan kita sebenarnya harus memainkan peranan supaya mereka lebih mendekati PAS dengan lebih mendalam. insyaAllah, ahli2 PKR ini kita serapkan kedalam PAS secara perlahan akan menjadikan mereka sertai PAS keran pemahaman dan atas keyakinan terhadap perjuangan PAS itu sendiri dan bukan semata2 utk menentang UMNO. PKR harus dijadikan jambatan diantara UMNO dengan PAS, dimana kebanyakan UMNO yang berfahaman sekular ini lebih cenderung untuk menyertai PKR, kita anggap ianya satu langkah mula, kita bantu untuk mereka2 ini menyambung penyeberangan ke dalam PAS pula. berkenaan mereka ini yang kelihatan masih mentah dalam perjuangan, kita didik dan tunjuk mereka contoh2 dari pejuang2 yang disifatkan lebih matang dan utuh pegangannya. insyaAllah, mereka akan belajar dari kita justeru, PAS bukan saja akan menjadi lebih mantap, tapi tempias dari tarbiyah yang wujud di dalm PAS bisa mempengaruhi rakan2 seangkatannya yang berbeza fahaman. 2. walaubagaimana ia dimomokkan, say tetap berpendapat yang ini adalah isu yang diwujudkan demi melaga2kan PAS. ianya juga satu langkah untuk mengasingkan golongan profesioanal dan ulama yang menjadi faktor kepada pemantapan PAS itu sendiri. dimana PAS sebelum ini disifatkan sebagai parti2 pak lebai kini tampak lebih eksklusif dan profesional, selaras dengan keperluan pentadbiran sebuah kerajaan yang stabil dan maju. PAS sebenarnya semakin mantap kerana berjaya dalam menangani kelemahan demi kelemahan, jika dulu dikatakan PAS ini hanya terdapat Ulama, tidak mampu memerintah yang memerlukan banyak kepakaran2 lain juga. kini, wakil2 dari PAS merupakan Dr2 dan Ir2, ini adalah satu perkembngan yang menbuntukan pihak lawan. jika dulu kaum lain ditakut2kan lantas PAS ini dianggap sebagai parti untuk orang Islam sahaja, kini, menerusi kesepakatan PAS bersama2 PR dan melalui kelab penykong PAS itu sendiri PAS dilihat adalah parti kedua kegemaran2 masyarakat2 bukan melayu dan belum Islam. jadi untuk memecah kebuntuan ini, satu tindakan provokatif amat perlu, dan ianya perlu diwujudkan segera. dan saya percaya sangat2 ini lah yang menjadikan beberapa isu dalaman PAS kini diapi2kan dengan rancaknya. 3. kenyataan2 dari pemimpin khususnya presiden parti, sebenarnya adalah perkara biasa apabila ianya sesuatu yang bersifat diluar dugaan, namun kerana kini dengan kepantasan maklumat tersebar maka terdapat ruang bagi pihak musuh untuk menyelinap masuk dan mengapi2kan kesalahfahaman berikutan dari kenyataan2 ini. perihal ini ingin saya memperincikannya lagi seperti ini; – ketika berlakunya rundingan diantara PAS dan UMNO dulu, ianya adalah wujud kerana kebimbangan melihat senario yang dilihat seperti wujud ancaman kepada melayu. mungkin ianya langkah yang diambil demi menamatkan krisis perpecahan dikalangan melayu yang dilihat semakin parah, PAS melihat UMNO seperti kelemasan dan memerlukan bantuan, walaupun bermusuh PAS seolah2 ingin cuba membantu atas dasar pendekatan PAS selami ini pun bukan bermusuh (PAS yang dimusuhi) maka satu2 kumpulan ini, usahakan satu rundingan melibatkan presiden (dimana presiden akan terlibat dengan apa saja usaha demi kebaikan bersama) untuk kononnya bersatu dengan UMNO. ianya ditentang dengan hebat dan akhirnya dalam muktamar keputusan sebualat suara untuk tidak meneruskannya. presiden sikit pun tidak beri reaksi negatif berkenaan penentangan ini, dimana, sebaik mana pun TGHH ini, beliau sudah tentunya lebih menyayangi ahli PAS ini. dan berkanaan kerajaan perpaduan, beliau sudah jelaskan, dan yang ini jika dilihat kenyataan dalam akhbar yang dubuat presiden, ianay sebenarnya ternyata berbeza dengan kerajaan campuran. sekali lagi ianya diutarakan demi kebaikan, ramai2 yang menyatakan kebimbangan diatas pertikaian yang berlaku dikalangan pemimpin, dalam negara berhadapan dengan krisis ekonomi, disini lah TGHH memainkan peranan dengan mengutarakan idea seperti itu yang mungkin boleh dilakukan demi kepentingan negara dan rakyat. – berkenaan kepimpinan ulama pula. salam buat semua… kepimpinan ulama atau tidak, kita berdiri diatas landasan yang dinamakan perjuangan. di dalam perjuangan, segala2nya akan berubah mengikut keadaan semasa dengan apa yang diutamakan matlamat perjuangan itu sendiri. kepimpinan, memerlukan lebih dari sekadar ilmu, tetapi jiwa yg kuat dan hati yg bersih. kedudukan pimpinan samada no 1 sampai no 10 itu tak penting, apapun ianya merupakan barisan kepimpinan yang akan menjadi tonggak kepada halatuju perjuangan. kepimpinan ulama atau tidak, adalah bergantung. sekiranya terdapat ramai dikalangan ahli adalah ulama, bukankah lebih afdal jika mereka yg memimpin, betul boleh dirujuk kpd ulama, tetapi keputusan yg bakal dibuat akan jadi lebih cepat dan tepat jika ianya dibuat dikalangan ulama sendiri. beserta dalil2nya, dpt diputuskan ketika itu juga. kepimpinan dari kalangan profisional pula, juga baik sekiranya terdiri dari mereka yang sanggup bersungguh mendekati agama, belajar berkenaan agama dgn lebih terperinci, namun, boleh juga dilantik dahulu, kerana kebanyakan perkara turut akan tetap dibincangkan dlm mesyuarat dgn ahli ulama. apa yg penting disini, bukan kepimpinan yg terdiri dari ulama atau tidak, tetapi ianya mesti berdasarkan, kesederhanaan dan keikhlasan calon itu sendiri. bkn saja yg boleh berdebat, tetapi berprinsip dan teguh dgn pegangan serta patuh pada agama. inilah ciri2 kepimpinan dlm PAS yg diutamakan. bila dilihat dari ciri2 inilah, kebanyakannya yg ada ciri2 seperti ini adalah dari kalangan ulama. ada yg dari kalangan profesional tapi tak ramai. apapun, soal peluang hanya diberi pada lulusan azhar dan sebagainya, itu semua hanya kebetulan. ahli2 PAS melihat keperibadian, dan ini yg menjadi sumbangan terbesar kpd kemenangan di pihak PAS selama ini. jgn kita mempersoalkan peluang berkenaan kepimpinan itu seperti ianya adalah satu peluang kerjaya. kepimpinan ini, adalah satu tugas yang amat berat dimana ia melibatkan tanggungjawab dan kewajipan2 tertentu yg besar fungsinya. ia tidak seharusnya jadi seperti itu, kalau nak membina kerjaya, teruskan dgn usaha murni itu tetapi kepimpinan memerlukan satu kata hati yg amat kuat utk berjuang dan berkorban. ianya amanah yg tidak seharusnya dipinta atau ditolak, kita semua berkewajipan memainkan peranan sebyk boleh dlm perjuangan, dan siapa yg merupakan paling kuat dan sentiasa berada di barisan hadapan dlm masa yg sama sentiasa menoleh mereka yg dibelakang utk dilihat keadaannya, mereka inilah yg akan memimpin. soal kepimpinan ulama atau tidak kita lihat pada senario ini. contoh Iran utk di ikuti adalah sgt baik, tapi Ahmadinejad jika bukan ulama, lihat pada kesederhanaannya dlm masa yg sama jiwa kepimpinannya begitu hebat. inilah ciri2 yg perlu ada, dan jgn lupa Ahmadinejad adalah bekas tentera Evolusi yg berjuang di barisan hadapan dlm mempertahankan Iran. kita lihat dgn teliti dan kita sematkan didlm hati siapa yg akan kita pilih dgn penuh beradab, kemudian kita doa pada Allah agar perjuangan kita ini diberkati dan dilindungi dari segala bentuk kejahatan dari luar dan di dalam. insyaAllah, kita semakin hampir dengan kemenangan di dunia, walaupun matlamat kita adalah akhirat. perjuangan yg tiada akhirnya hingga hari kiamat akhir kata, suburlah ianya dan pasti berbuah… wassalam.

Permalink Leave a Comment

Melayar Bahtera

April 29, 2009 at 4:57 pm (Uncategorized)

awan dan lautassalamualaikum w.b.t dgn penuh keinsafan, hari ini terdetik di hati ingin diriku mengungkapkan sesuatu yg terbuku dihati.. apa yg kurasa ini ikhlas dtg dari sudut lubuk hatiku.. dan semoga, dptlah sekiranya diri ini ditegur dan diperbetul sentiasa.. kerana perjalanan menuju kpd keimanan yg wujud di hati ku ini sgt perit.. dan sungguh syg rasanya akan keimanan yg ada dihati ini dan sgt2 takut akan ianya tercemar.. tujuan asalku di internet ini adalah utk meluaskan pandanganku dan berkomunikasi dgn seramai manusia yg boleh, memandangkan impianku utk menjelajah keseluruh dunia sudah semakin tipis pada usia begini, tidaklah tua tapi komitmen semakin bertambah, maka sukar rasanya utk impianku itu terlaksana. syukur dgn internet ini, dpt juga merasakan diri seolah2 mengelilingi dunia.. tetapi mutakhir ini diri ini lebih kpd aktiviti2 atau perbincangan2 berkisar hal2 politik semasa dan tempatan.. ini kerana tiada hentinya atau rehat pada hal2 berkaitan memandangkan pilihanraya juga tak putus2 menjelma (kuasa Allah segala2nya kuasa Allah.. perancang yg tidak akan gagal). dan isu2 kebetulan berkekalan hangat dan kelihatan para pemimpin pun sibuk benar.. (pengikut lagi sibuk) jadi.. inilah yg memperlihatkan diri aku pun termasuk dlm kumpulan2 yg dikatakan berpolitik. di pihak yg berkuasa, mereka mengangap ini sebagai ancaman (internet), di pihak yg mula berkuasa melihatnya saluran yg selama ini didahagakan.. perkara2 yg terbuku ada tempat utk dilepaskan.. ini sesuatu yg baik sebenarnya, perkembangan yg sgt2 sihat.. tapi bukan ini yg diri ini ingin utarakan.. apa yg sebenarnya inginku sampaikan, ialah.. kpd mereka2 yg berada di pihak yg sama dgnku, tiada masalah.. kita selama ini terasa seperti bersendirian atau berada dlm kelompok yg kecil, kini bertemu disini dan baru sedar that we r not walk, run and stand alone.. sedikit sebanyak, ianya menambah motivasi terhadap perjuangan. dulu sering bertemu di Melewar, kini.. disini berjumpa hampir setiap hari.. menguatkan lagi ukhuwah dan menyemarakkan lagi jihad dlm penyampaian maklumat dan menegakkan kebenaran. Alhamdulilah.. apa yg diri ini bimbangkan ialah perasaan mereka2 yg bkn di landasan yg sama dgn ku tapi serumah, sekampung dan begitu juga yg sedarah dgnku.. aku tidaklah berniat menjarakkan hubungan silaturahim.. aku juga tidak sama sekali memusuhi kalian.. aku juga bukan berniat utk memaksa kamu semua utk menyertai aku di landasan perjuangan yg aku lalui ini.. tidak mengapa jika tidak mahu turut serta.. aku memahami, bahawa, tidak semua kita berkesempatan utk memahami segala yg berlaku, dgn tanggungjawab yg byk, komitmen dan tanggungan yg penuh, hampir tiada masa utk memahami realiti.. dan aku juga faham, nilai kesetiaan yg ada pada kalian juga perlu dijaga dan dihormati. dan aku harap beberapa kenyataan aku tidaklah mengundang kemarahan atau kecil hati dari kalian. aku tidak sama sekali ingin mengaku yg segala2nya yg kukatakan adalah benar.. nauzubillah.. yg benar dari segala yg benar hanya Allah s.w.t.. apa yg ada pada diriku hanyalah berkisar apa yg masuk akal dan apa yg tidak.. diharapkan kalian tidak membenci diriku ini hanya kerana pegangan dan prinsipku ini. dan jika kalian tidak suka dgn apa yg kukatakan atau sampaikan, abaikan dan anggaplah aku bukan seorang yg kamu kenali ketika itu. anggap lah ianya mengarut, gelakkan, senda lah kerana aku tiada masalah dgn semuanya itu.. aku lali dgn cemuhan dan umpatan. ianya bukan masalah bagiku dan percayalah, aku mengajar diriku supaya mengasingkan setiap tajuk dlm hidup pada tiap2 waktu dan tempat yg sesuai. cuma, jika ingin berdepan dgnku, aku terima dgn hati terbuka, syaratnya.. mencari kebenaran bkn mencari kemenangan.. bagi pihak rakan2 seperjuangan, aku memohon maaf jika terdapat kekasaran bahasa, penggunaan perkataan2 atau ayat2 yg menyinggung kalian.. namun demikian.. bukan utk membela (mereka tidak perlukan pembelaan – percayalah) kecenderungan mereka adalah disebabkan beberapa faktor.. perlu diperjelaskan? beginilah.. cuba, walaupun kehidupan seharian kita (yg mungkin selesa) tidak memerlukan kita berbuat begini (letakkan diri kalian di tempat org lain) tapi jika kalian tersinggung, itulah ubat yg terbaik.. cubalah sedaya yg ada.. insyaAllah, ianya akan terjawab.. bukanlah niat diriku ini utk berpolitik (aku benci sebenar dgn perkataan politik ni), tapi ingin aku kongsi disini walaupun beberapa baris lagi mungkin sambungannya tidak lagi dibaca.. tapi di pihak yg kalian berdiri itu, kedudukannya tidak selamat.. aku secara ikhlas hanya ingin berpesan dlm hal ini. aku letakkan diriku di suatu pelayaran.. dan ada dua kumpulan pengemudi, dimana kumpulan yg satu yg sedang mengemudi dan kumpulan yg kedua ialah kumpulan yg boleh, bijak dan bersedia mengemudi.. kita turun dan berpijak di bumi yg nyata, realitinya apa yg aku ckp ni adalah ….. (watak bahtera). senarionya, berdasarkan pada keadaan semasa, yg terbaru.. salah seorang jurumudi yg bertungkus lumus membaiki, memperbetul, melihat dimana ada kerosakan dan muncul dgn pelbagai penyelesaian, yg begitu peranannya.. tidak dipedulikan dan tidak disokong.. sebelum dia di tolak kelaut dia pun dah terjun dulu… seorang lagi yg sepatutnya memastikan kelancaran pelayaran, di bahagian dia ditugaskan dia tidak ada.. oleh kerana sepanjang pelayaran, dia dpt mengaut sebanyak mungkin keuntungan, dia hanya mengupah org2 lain membuat kerja2nya dan sibuk menghiburkan sebanyak mungkin anak kapal demi utk mendapatkan kenaikan pangkat.. padahal belum tentu lagi tugas yg bakal diberi mampu dilakukan, kerana yg sedia ada pun tidak terpelihara.. di pantau dan ada buktinya yg dia main tipu.. semua anak kapal bukan saja tidak mencampaknya ke laut, malah menyokong kenaikan pangkatnya di mana dia menjadi ketua bhgn enjin.. di bhgn yg jika tidak dijaga dgn elok, risikonya adalah bahaya pada keseluruhan pergerakan bahtera.. byk sgt jika ingin disenaraikan.. tapi dua yg paling menonjol inilah yg aku pilih.. yg tidak disukai dan telah ditolak penumpang pula mula mendapat jawatan2 penting bersama2 nakhoda.. penumpang yg mengikuti perjalanan bahtera ini telah semakin arif dgn segala bentuk suasana yg timbul dlm bahtera ini mula bersuara.. malang sekali nakhoda bukan sahaja tidak mendengar malah memarahi dan menganggap suara2 itu pula suatu ancaman.. sedangkan para penumpang merasakan bahaya ada di depan, dan dgn keadaan pengemudian bahtera yg semakin kelam kabut, mereka juga tak mahu turut tenggelam.. jadi sebelum bahtera itu karam bukankah lebih baik digantikan sebentar kumpulan yg mengemudi dan gantikan dgn para pengemudi dari kalangan para penumpang, malah yg ramai juga sudah berpengalaman mengemudi bahtera yg lebih kecil tapi lebih besar ombak dan ribut yg dilaluinya.. kumpulan yg mengemudi itu berehat dan bincang sehabis2nya, dibuang mana yg merosak dan diganti dgn yg menyembuh.. digantikan yg kehilangan peta dgn yg mempunyai peta.. mungkin yg dah terjun ke laut kerana kecewa, dinaikkan keatas.. apa sekalipun, mereka perlukan rehat yg panjang setelah 50 tahun mengemudi, kebanyakan pun dah kelihatan mabuk akibat tidak cukup rehat.. mungkin perlu ke darat dahulu.. berjumpa keluarga dan saudara mara.. kerosakan yg terjadi pada bahtera biarkan pengemudi baru perbaiki.. kita beri pengemudi2 baru pula mengemudi (kumpulan kedua pengemudi).. kita lihat berjaya ke mereka menukar haluan dan membaiki kerosakan yg tinggal.. kita lihat pula bagaimana mereka menjaga peluang yg diberi.. jika tidak baik, mungkin dalam pada itu kita panggil pula pengemudi lama yg mungkin dah baik kerana rehat yg cukup.. ada masa utk menyelesaikan masalah2 dalaman.. walaupun kita tahu, dan hati nurani kita mengatakan yg pengemudi baru ini akan berusaha sungguh2 utk menyelamatkan bahtera.. mustahil mereka ingin menenggelamkan bahtera kerana mereka berada di dalamnya.. jika dibiar kamu mengemudinya berterusan, kita mmg akan karam.. kerosakan2 bukan saja tidak dibaiki, malah kebocoran juga semakin menjadi2.. bukan kebocoran di tandas atau kebocoran maklumat.. tapi kebocoran di bahagian badan bahtera.. air mulai masuk.. ditampung oleh beberapa ahli pengemudi, tapi nampaknya semakin byk ditutup senakin byk bhgn yg bocor.. penumpang mulai resah.. nakhoda mengatakan kita akan kekanan, tapi sebahagian anak kapal berkeras mahu kekiri.. ada pula kalangan pengemudi menyeru pada penumpang yg menggangu tugas pengemudi akan dicampak ke laut.. bagaimana kalau semua penumpang bersuara? tanpa penumpang siapa yg di bawa? apa tujuan pelayaran? utk membawa penumpang menuju ke destinasi, atau bawa bahtera ke destinasi..? penumpang pula yg ditempelak.. mereka hanya mahu membantu.. ada bhgn yg nampaknya beransur2 baik dijaga oleh ahli pengemudi baru.. tapi nakhoda mengnyahkan mereka diganti dgn yg hanya mahu berada disitu bukan yg mahu menjaga bhgn itu.. keadaan kucar kacir.. setelah 50 tahun penumpang2 bersama para pengemudi dlm bahtera yg sama.. apabila berlaku ketidaklancaran, nakhoda dan barisan pengemudi memberi penjelasan.. kini, penjelasan2 yg diberi semuanya sudah diberikan sebelum ini.. para penumpang mula menoleh sesama mereka dan melihat2 dari kalangan mereka yg dilihat sebelum ini byk melakukan usaha sendiri dlm menjaga bahtera.. namun nakhoda dan barisan pengemudinya tetap mahu mengemudi walaupun mereka sendiri tidak dpt menjelaskan dgn lebih baik kerana mereka sendiri tidak tahu arah pelayaran.. mereka tidak menjumpai dimana punca2 kerosakan kerana yg menjumpainya adalah di kalangan penumpang atau pengemudi yg berperanan lebih kecil.. mereka tak mahu dgr walaupun diberitahu.. tetapi selama ini mereka tetap menjadi pengemudi kerana di kalangan yg mahu menggantikan pun jumlahnya kecil dan kurang dikenali para penumpang.. kini jumlah mereka menjadi besar, kerana mereka sudah mula kenal sesama sendiri dan tahu bagaimana akan mengagihkan tugas bila mengemudi nanti.. mereka berpakat dan bersuara.. pakatan mereka disertai juga oleh ramai penumpang yg sedar akan keadaan bahtera yg semakin membimbangkan.. beberapa kumpulan penumpang masih ingat bahtera itu masih selamat dan sejahtera mungkin kerana, mereka percaya dan setia pada nakhoda.. mungkin mereka masih menaruh harapan pada para pengemudi yg mereka yakini.. mungkin mereka duduk di kelas mewah dalam bahtera yg membuat mereka tidak berapa perasan dgn ketidaklancaran bahtera yg sedaya upaya ditutup atau disembunyi oleh nakhoda, atau mereka tak kisah.. mungin bermacam lagi mungkin.. tapi.. hakikatnya mereka juga mungkin sudah menyiapkan bahtera lain yg akan mereka tumpangi dgn keuntungan yg mereka kaut sepanjang pelayaran.. segala2nya mungkin.. apapun rasionalnya ialah, jika pengemudi sedia ada bermasalah atau sakit dan sebagainya, mereka harus beri tanggungjawab kpd kumpulan pemgemudi yg baru.. mereka tidak boleh menyelesaikan masalah, merawat diri dan memulihkan ahli2 mereka dlm masa yg sama mengemudi.. sebab bahtera ini terhuyung hayang sejak beberapa menjak ni, kerana keadaan mereka itu semakin serius dan perlukan perhatian serius.. pelayaran pula mesti diteruskan… pengemudi baru bukan saja mampu mengemudi, tapi sepanjang pelayaran selama ini mereka byk memerhati dan mempelajari dari kesilapan2 pengemudi lama dimana mereka dpt menghasilkan satu mungkin sistem atau teknologi kejuruteraan yg lebih baik.. ramai di kalangan mereka itu jurutera.. insyaAllah keadaan dpt dipertingkatkan.. bukan kami para penumpang pohon supaya pengemudi dan nakhodanya itu terjun kelaut, tapi selagi ada kehormatan dan baiklah kami mengaku, biarlah ramai penumpang yg bisisng2 dlm pelayaran, bahtera ini nampaknya berlayar juga.. dgn agak perlahan di peringkat awal, tapi kini nampaknya semakin laju.. mutakhir ini demi ingin terus mengemudi.. nakhoda dan barisan pengemudi kelihatan lebih sibuk memburuk2kan dan mencari jalan supaya kumpulan yg bakal mengemudi ini, yg terbentuk hasil pakatan para pemupang prihatin.. akibatnya pengemudian semakin terganggu.. buat kalian yg terasa hati, tersinggung kerana tidak bersama2 kami penumpang yg menyedarinya dari awal, masih tidak terlewat utk sedar dan menyertai kami.. kami tidak pernah lagi dlm sejarah, mencampak sesiapa ke laut.. itu kerja2 ehermmm.. mungkin kalian sudah mulai sedar.. tapi atas apa alasan sekalipun, yg sebelum ini kami berkumpul, berkempen dan bersuara (dgn semua saluran yg ada dan dgn cara yg paling baik) adalah demi sama2 menjalankan tanggungjawab memelihara bahtera.. kita tak mahu ianya terhenti di pertengahan, apalagi karam di lautan yg luas ini.. anak2 kita yg turut menumpang ini masih memerlukan bahtera ini ke destinasi yg lebih jauh.. dlm pada itu kaim bersuara, kdg2 kami pula dituduh mcm2 dan cuba ditutp mulut kami dgn berbagai cara termasuk yg melampaui batas kemanusiaan.. pihak yg menuntut pembelaan ke atas sebahagian kami itu sudah tentu la agak lantang dan kdg2 didorong emosi yg sememangnya ada dlm diri setiap org yg merupakan manusia.. dengan ini terlepas lah apa yg terbuku dihati ini.. ikhlas.. ini adalah rasional yg aku jumpa dlm senario yg berlaku saban hari di bumi tercinta ini.. mungkin kalian yg tidak selandasan dgnku menganggap ini hanya mitos dan khayalan.. tapi salah ke apa yg aku fikirkan ini? dimana salahnya? perlukah kita mengenang jasa mereka yg mengemudi kita selama ini? sudah tentu, byk lagi ruang di muzeum yg boleh kita gantungkan gambar2 mereika dan byk lagi tapak2 yg boleh kita dirikan batu peringatan utk mereka.. jika mereka memberi laluan secar terhormat kpd kumpulan pengemudi yg baru.. kita hargai lebih dari mereka menghargai bekas2 nakhoda mereka setiap kali berlakunya pertukaran jawatan itu.. perlukah kita meneruskan dan memelihara arah tuju yg telah ditetapkan para pengemudi ini? sudah 50 tahun kita mengikuti pelayaran, ada terjumpa ke pulau2 yg indah mungkin yg boleh kita diami.. di pulau itu segala masalah kehidupan ini ada penyelesaiannya, segala penyakit ada penawarnya dan segala yg diperlukan ada terdapt disitu..mungkin sudah masanya kita berubah haluan.. insyaAllah berkat kesepakatan kita bersama, pulau yg diimpikan itu akan ditemui..

Permalink Leave a Comment