Demokrasi

May 20, 2009 at 7:50 pm (Uncategorized)

Dalam sistem Syura dan Khalifah, perlantikan amirul mukminin itu ditentukan oleh majlis Syura yang terdiri dari para ulama. (atau para sahabat).

Berbeza dengan Demokrasi, perlantikan melalui beberapa proses dalaman parti-parti politik dan kemudian para pemimpin itu ditentukan oleh semua rakyat melalui pilihanraya, dan mereka pula akan membentuk kabinet. (Demokrasi Berparlimen).

Dengan sistem syura dan khalifah, ahli majlis syura tadi akan berbincang dan meneliti calon-calon yang akan jadi pemimpin itu supaya selari dengan tuntutan syarak. keputusannya baik kerana diputuskan oleh mereka-mereka yang ‘ahli dan berilmu’, maka pemimpin itu tidak berkuasa secara mutlak, dimana majlis Syura berhak menyingkirkan pemimpin itu jika pemimpin atau Khalifah berkenaan lari dari tuntutan yang sepatutnya.

Dalam hal ini, jika dipraktikkan kini pun mungkin ada kelemahannya, dimana ada kemungkinan semua ahli majlis Syura itu berkemungkinan dibeli. Lebih mudah untuk menjaga sejumlah ahli majlis itu.
Sistem Demokrasi (raja berpelembagaan) juga ada kelemahan-kelemahan seperti yang kita hadapi sekarang, namun ianya telah ditetapkan untuk digunakan di Negara ini, untuk mengubahnya adalah sesuatu yang kurang bijak jika dibandingkan dengan memperbaikinya.

Sistem Demokrasi ini, kelemahannya adalah rakyat yang terdiri dari yang suka dengan maksiat, jenayah dan macam-macam lagi juga berhak memilih pemimpin. jika dibandingkan dgn sistem Syura dan Khalifah itu, mungkin banyak kurangnya, namun kebaikannya adalah ianya adalah satu keputusan mutlak dari yang akan dipimpin (rakyat), dari segi kemanusiaan, ianya juga baik. Dimana soal dosa pahala itu urusan yang maha kuasa, seperti kita sedia maklum, namun kita mesti melaksanakan kewajipan kita dalam memelihara keamanan, tapi katalah penjenayah-penjenayah atau pelaku-pelaku maksiat ini juga terdiri dari mereka yang ingin berubah dan mengharapkan pemimpin yang soleh, bukankah disini, dia mendapat haknya dalam memilih pemimpin dan juga pihak-pihak yang benar-benar ikhlas itu juga diadili dari pelbagai sudut termasuk dari lorong gelap. Dengan pertimbangan dari kesemua rakyat ianya juga boleh menghasilkan satu keputusan demi kebaikan berdasarkan ‘fitrah’ manusia itu yang sentiasa inginkan kebaikan. Dalam kita memandang keji segolongan pesalah, jauh disudut kebenaran, mereka inilah yang jauh lebih sedar akan perlunya pada ajaran agama dalam kehidupan dimana kedahagaan mereka sebelumnya tidak dipenuhi yang mengakibatkan mereka terjerumus dalam kancah maksiat yang hina. Maka disini, dengan kesedaran dan pendidikan yang betul rakyat secara kolektifnya boleh dibentuk sebagai masyarakat berilmu lantas menjadikan satu pemerintahan yang ditentukan majoriti rakyat yang berilmu ini dapat menjana kemajuan dan kesejahteraan kehidupan rakyat itu kembali.

Satu lagi yang saya nak sentuh adalah sistem beraja. ini mungkin sensitif tapi saya rasa kita disini untuk berbincang, jadi apa salahnya, sekadar pandangan.

ramai yang menganggap sistem beraja ini juga mengarut, namun disini cuba kita kaji mengapa wujud sistem ini yg dilihat segelintir kita seperti tidak adil.

Sistem beraja, adalah sistem pemerintahan yang sistematik, dipraktikkan dalam banyak pemerintahan, kerana.., sistem beraja boleh menjadikan satu kestabilan politik dimana tidak perlu wujud pihak untuk berebut kuasa mutlak kepimpinan. Dan bila ia diwariskan, ia juga adalah sesuatu yang baik, dimana pemerintah yang bakal mewarisi itu juga boleh dibentuk kepimpinannya dari peringkat seawal kanak2 lagi. Dengan itu warisan satu bentuk perancangan kemajuan itu dapat juga diselaraskan bagi membentuk satu perjanjian bagi melindungi kesinambungannya. Tidaklah patut, dimana jika satu-satu perancangan pembangunan sebagai contoh, ditetapkan, tapi apabila naik pula pemimpin yang lain ianya boleh dibatalkan sewenang-wenangnya. Asalnya di Tanah Melayu ini juga, pemerintahan dilakukan oleh Raja-raja dimana panduannya adalah bersumberkan dari orang paling kanan dalam istana, iaitu Penasihat agama. Keputusan mutlak Raja yang telah dirujuk kepada Penasihat agama dan pembesar-pembesar tidak boleh senang-senang dibatalkan. Ianya juga hanya dibatalkan oleh Raja itu sendiri.

Inilah sebab mengapa sistem beraja ini banyak digunapakai di seluruh dunia. untuk mewujudkan keharmonian, keamanan dan kestabilan politik yang berterusan.

Dari satu generasi ke satu generasi. Institusi Raja, adalah simbol yang menjadi tunggak satu-satu kerajaan. Ia adalah institusi terpenting untuk melindungi sesebuah Negara dari dipengaruhi oleh pengaruh-pengaruh asing, dimana kita dapat lihat pada Negara-negara republik, yang presidennya boleh disifatkan sebagai boneka. dengan itu institusi pemerintahan beraja ini wajar dilindungi.

Zaman nabi wujud sistem-sistem pemerintahan yang pelbagai, namun sistem khalifah dan syura yang kita tahu kerana nabi dan para sahabat mempraktikkannya. namun kerajaan-kerajaan lain disekitarnya ketika itu menggunakan sistem-sistem yang berlainan, tidak ada tentera Islam memerangi mereka kerana sistem yang digunakan. Yang diperintah oleh nabi S.A.W adalah supaya siapa saja pemimpin, raja, presiden dan apa saja pemimpin yang disekitar itu memimpin masyarakat dan mentadbir negara berpandukan Islam malah menggunakan sistem Islam di dalam semua bentuk kehidupan dan pengurusan.

Apa sekalipun sistem pemerintahan tidak mengapa, namun yang wajib ialah mesti berpandukan dan berasas pada Al-Quran dan sunnah.

Lebih dari itu keberkesanannya adalah atas usaha kita dan akhirnya Tawakkal.

Leave a comment