Demokrasi

May 20, 2009 at 7:50 pm (Uncategorized)

Dalam sistem Syura dan Khalifah, perlantikan amirul mukminin itu ditentukan oleh majlis Syura yang terdiri dari para ulama. (atau para sahabat).

Berbeza dengan Demokrasi, perlantikan melalui beberapa proses dalaman parti-parti politik dan kemudian para pemimpin itu ditentukan oleh semua rakyat melalui pilihanraya, dan mereka pula akan membentuk kabinet. (Demokrasi Berparlimen).

Dengan sistem syura dan khalifah, ahli majlis syura tadi akan berbincang dan meneliti calon-calon yang akan jadi pemimpin itu supaya selari dengan tuntutan syarak. keputusannya baik kerana diputuskan oleh mereka-mereka yang ‘ahli dan berilmu’, maka pemimpin itu tidak berkuasa secara mutlak, dimana majlis Syura berhak menyingkirkan pemimpin itu jika pemimpin atau Khalifah berkenaan lari dari tuntutan yang sepatutnya.

Dalam hal ini, jika dipraktikkan kini pun mungkin ada kelemahannya, dimana ada kemungkinan semua ahli majlis Syura itu berkemungkinan dibeli. Lebih mudah untuk menjaga sejumlah ahli majlis itu.
Sistem Demokrasi (raja berpelembagaan) juga ada kelemahan-kelemahan seperti yang kita hadapi sekarang, namun ianya telah ditetapkan untuk digunakan di Negara ini, untuk mengubahnya adalah sesuatu yang kurang bijak jika dibandingkan dengan memperbaikinya.

Sistem Demokrasi ini, kelemahannya adalah rakyat yang terdiri dari yang suka dengan maksiat, jenayah dan macam-macam lagi juga berhak memilih pemimpin. jika dibandingkan dgn sistem Syura dan Khalifah itu, mungkin banyak kurangnya, namun kebaikannya adalah ianya adalah satu keputusan mutlak dari yang akan dipimpin (rakyat), dari segi kemanusiaan, ianya juga baik. Dimana soal dosa pahala itu urusan yang maha kuasa, seperti kita sedia maklum, namun kita mesti melaksanakan kewajipan kita dalam memelihara keamanan, tapi katalah penjenayah-penjenayah atau pelaku-pelaku maksiat ini juga terdiri dari mereka yang ingin berubah dan mengharapkan pemimpin yang soleh, bukankah disini, dia mendapat haknya dalam memilih pemimpin dan juga pihak-pihak yang benar-benar ikhlas itu juga diadili dari pelbagai sudut termasuk dari lorong gelap. Dengan pertimbangan dari kesemua rakyat ianya juga boleh menghasilkan satu keputusan demi kebaikan berdasarkan ‘fitrah’ manusia itu yang sentiasa inginkan kebaikan. Dalam kita memandang keji segolongan pesalah, jauh disudut kebenaran, mereka inilah yang jauh lebih sedar akan perlunya pada ajaran agama dalam kehidupan dimana kedahagaan mereka sebelumnya tidak dipenuhi yang mengakibatkan mereka terjerumus dalam kancah maksiat yang hina. Maka disini, dengan kesedaran dan pendidikan yang betul rakyat secara kolektifnya boleh dibentuk sebagai masyarakat berilmu lantas menjadikan satu pemerintahan yang ditentukan majoriti rakyat yang berilmu ini dapat menjana kemajuan dan kesejahteraan kehidupan rakyat itu kembali.

Satu lagi yang saya nak sentuh adalah sistem beraja. ini mungkin sensitif tapi saya rasa kita disini untuk berbincang, jadi apa salahnya, sekadar pandangan.

ramai yang menganggap sistem beraja ini juga mengarut, namun disini cuba kita kaji mengapa wujud sistem ini yg dilihat segelintir kita seperti tidak adil.

Sistem beraja, adalah sistem pemerintahan yang sistematik, dipraktikkan dalam banyak pemerintahan, kerana.., sistem beraja boleh menjadikan satu kestabilan politik dimana tidak perlu wujud pihak untuk berebut kuasa mutlak kepimpinan. Dan bila ia diwariskan, ia juga adalah sesuatu yang baik, dimana pemerintah yang bakal mewarisi itu juga boleh dibentuk kepimpinannya dari peringkat seawal kanak2 lagi. Dengan itu warisan satu bentuk perancangan kemajuan itu dapat juga diselaraskan bagi membentuk satu perjanjian bagi melindungi kesinambungannya. Tidaklah patut, dimana jika satu-satu perancangan pembangunan sebagai contoh, ditetapkan, tapi apabila naik pula pemimpin yang lain ianya boleh dibatalkan sewenang-wenangnya. Asalnya di Tanah Melayu ini juga, pemerintahan dilakukan oleh Raja-raja dimana panduannya adalah bersumberkan dari orang paling kanan dalam istana, iaitu Penasihat agama. Keputusan mutlak Raja yang telah dirujuk kepada Penasihat agama dan pembesar-pembesar tidak boleh senang-senang dibatalkan. Ianya juga hanya dibatalkan oleh Raja itu sendiri.

Inilah sebab mengapa sistem beraja ini banyak digunapakai di seluruh dunia. untuk mewujudkan keharmonian, keamanan dan kestabilan politik yang berterusan.

Dari satu generasi ke satu generasi. Institusi Raja, adalah simbol yang menjadi tunggak satu-satu kerajaan. Ia adalah institusi terpenting untuk melindungi sesebuah Negara dari dipengaruhi oleh pengaruh-pengaruh asing, dimana kita dapat lihat pada Negara-negara republik, yang presidennya boleh disifatkan sebagai boneka. dengan itu institusi pemerintahan beraja ini wajar dilindungi.

Zaman nabi wujud sistem-sistem pemerintahan yang pelbagai, namun sistem khalifah dan syura yang kita tahu kerana nabi dan para sahabat mempraktikkannya. namun kerajaan-kerajaan lain disekitarnya ketika itu menggunakan sistem-sistem yang berlainan, tidak ada tentera Islam memerangi mereka kerana sistem yang digunakan. Yang diperintah oleh nabi S.A.W adalah supaya siapa saja pemimpin, raja, presiden dan apa saja pemimpin yang disekitar itu memimpin masyarakat dan mentadbir negara berpandukan Islam malah menggunakan sistem Islam di dalam semua bentuk kehidupan dan pengurusan.

Apa sekalipun sistem pemerintahan tidak mengapa, namun yang wajib ialah mesti berpandukan dan berasas pada Al-Quran dan sunnah.

Lebih dari itu keberkesanannya adalah atas usaha kita dan akhirnya Tawakkal.

Permalink Leave a Comment

Menuduh orang memfitnah juga adalah dosa

May 18, 2009 at 6:59 am (Uncategorized)

berbagai bentuk tulisan, kenyataan dari berbagai pihak, yg kita baca dan kita dengar saban hari. dalam pada itu tanpa kita sedari, ramai kini dengan sewenang2nya menggunakan perkataan ‘fitnah” dalam kenyataan2 meeka. setiap satu2 berita itu dengan mudah disangkal dengan mengatakan yang ianya adalah sekadar fitnah. begitu mudah sekali ianya digunakan.

sesetengah pihak menggunakan alasan bahawa gejala memfitnah ini mesti dibendung untuk menghalalkan sekatan keatas satu2 pihak. alasannya udah, kononnya mereka menaburkan fitnah. bila satu2 perkara itu dibangkitkan ianya tidak disangkal dengan hujah mahupun bukti2 tetapi ia hanya terus disifatkan sebagai fitnah yang mengandungi niat buruk disebaliknya.

apa pun ia, sesuatu perkara yang disifatkan fitnah itu sendiri mesti disahkan terkebih dahulu sebelum ianya digolongkan dalam berita yang berbentuk fitnah atau sebaliknya. jika ia betul fitnah, tindakan boleh diambil, sesuatu yang tidak ada pengesahan melalui mana2 proses seumpamanya tidak boleh terus di cap sebagai fitnah. ingat! menuduh orang membuat fitnah itu juga berdosa. dan fitnah ini bukan kecil dosanya malah lebih besar dari membunuh, bermakna menuduh orang membuat fitnah juga adalah berat tuduhan itu. mengapa mesti kita denga sewenang2nya menyifatkan sesuatu berita itu sebagai fitnah, sering berlaku apabila berita itu bukan yang disenangi oleh kita. sekiranya kita menafikan sahaja sudah memadai dan jika ada pihak yang mendakwa tidak berpuas hati, kemukakan bukti. jika tidak ada bukti, ianya pun tidak boleh terus dilabelkan sebagai fitnah, selagi ianya berasas, dalam ertikata lain, ada fakta2 yang menyokong namun mungkin yang dituduh tidak disabit kesalahan dengan dakwaan itu mesti dilepaskan, bagaimanapun dakwaan dari yang mendakwa tidak boleh disifatkan sebagai fitnah. dalam pengadilan Saidina Ali r.a berkenaan seorang yahudi yang mencuri baju besi beliau, kemudian dilepaskan mahkamah kerana tidak cukup bukti, adakah beliau dihukum sebagai memfitnah si yahudi itu. tidak, tetapi kerana tidak cukup bukti dakwaan tidak berjaya.

apa sekalipun, jangan dengan mudah kita melabelkan yang orang2 bercakap apabila menyentuh sesuatu yang tidak disukai kita saja, ianya terus dikategorikan sebagai fitnah. jangan bermain dengan tuduhan. jika kita difitnah sekalipun, mohon perlindungan Allah, bukan kita mengamuk seluruh kampung mengatakan kita difitnah, boleh jadi ianya hanya salah sangka. jika kita benar tunggu dan perlahan2 selesaikan permasalahan dengan cara yang tertib, dan berhujah dan kemukakan bukti sebagai sokongan.

antara langkah yang boleh diambil untuk mengesahkan sesuatu perkara sebelum kita dengan mudah menuduh orang melakukan fitnah, adalah:

jika terdapat kenyataan dari mana2 pihak yang dinyatakan secara terus tanpa bersembunyi atau tulisan yang dikenalai dan ada pengakuan dari yang menulis bahawa betul dia yang menulis. maka bawalah perkara itu ke mahkamah, berhujah dan kemukakan bukti2 atau apa bahan sokongan terhadap dakwaan mahupun penyanggahan terhadap dakwaan itu dan lalui proses pengesahan itu dengan tertib dan dewasa. insyaAllah kebenaran akan muncul, dan ketika itu, jika sesuatu dakwaan tadi dapat dibuktikan salah, bertanyalah pada pembuat kenyataan mahupun yang menulis, apakah sebab atau punca ia dilakukan, mungkin ketika ini, dia akan dapat memberi penjelasan yang wajar diterima, maka atas budi bicara bolehlah dianggap kes ini hanya salah faham sahaja. namun jika ianya sengaja diada2kan dengan niat yang tak baik, akan diambil tindakan sewajarnya pada yang bersalah dan dia pun akan malu sendiri dan pasti tersemat hatinya samada tak akan mengulangi perlakuannya itu atau selepas ini akan melakukannya dengan lebih baik dan cukup terancang. yakin lah pada kebenaran dengan keimanan yanhg tinggi terhadap kuasa Allah s.w.t.

jika sesuatu perkhabaran itu pula didapati atau didengari melalui khabar2 angin, siasat dan cari puncanya. jika tidak berjumpa bolehlah ianya disahkan tuduhan yang tidak berasas, dan yang memulaknnya akan mendapat balasan, pasti. dan sekiranya berjumpa dengan punca dan sebab2 ianya tersebar, lakukan proses yang sama seperti tadi iaitu melalui muka pengadilan. dan sah kan samada ia merupakan fitnah atau tidak. boleh jadi salah faham. jangan lah biarkan dengan hanya alasan fitnah, seseorang dihukum penjara tanpa bicara tanpa pengesahan yang sepatutnya. jika dia dituduh menbuat fitnah juga, adala merupakan suatu penganiayaan. dan Allah memakbulkan doa orang2 yang teraniaya. kita pun tak tahu apa yang didoakan dan bila akan dimakbulkan doa itu. waspada lah. Allah maha kuasa atas segala sesuatu.

wallahualam…

Permalink Leave a Comment

Selamat Pagi

May 18, 2009 at 6:56 am (Uncategorized)

Alhamdullilah, sehari lagi dibangkitkan dari tidur dengan izin Allah untuk menyambung umur yang telah ditetapkan. Boleh dikumpul lagi persediaan untuk hari kebangkitan yang sebenar kelak. Mengumpul bekalan akhirat yang kekal abadi. Diharapkan semalam diberkati umur yang telah digunakan itu dan hari ini dibukakan jalan yang lenih luas untuk membuat amal seperti yang dituntut, yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tidak baiknya itu datang dari diri kita sendiri. Semoga sentiasa berada bawah jagaan.

Entah bagaimana, sedari dari tidur, bermain-main dalam kepala berkenaan dialog seseorang yang ditemuramah di dalam satu rancangan di radio yang ketika itu aku dengar waktu di dalam kereta (memang waktu memandulah waktu aku dengar radio). Dalam temubual itu yang diselangi pemanggil untuk membuat pertanyaan dan memberi pandangan berkenaan tajuk yang dibincangkan (dah lupa pun tajuknya beberapa hari lepas) dan salah seorang pemanggil memberi pandangan berkenaan seorang pemerintah yang baru sahaja mengambil alih tampuk pemerintahan sebuah Negara. Pemimpin itu disifatkan membawa satu slogan baru dalam pemerintahannya, tetapi ketika baru juga ia berdiri berucap dengan slogan barunya itu, beberapa hari selepas itu pemimpin yang samam menyeru atau melakukan sesuatu yang langsung tidak mencerminkan slogan yang telah ditetapkan itu. Pamanggil itu memberikan keluhannya berkenaan perkara itu. Begitulah sehingga tamat panggilan tersebut.
Yang ditemuramah dan yang menemuramah (sudah pastilah menyebelahi pemerintah yang jika tidak jangankan mereka malah radio itu juga boleh dinafikan terus kewujudannya) sehabis saja panggilan itu, respon dengan gaya agak sinis terus mengatakan adalah tidak wajar secepat itu pemerintah itu diadili sebegitu rupa. Yang ditemuramah itu pun mengulas, mengatakan yang baru naik itu baru sahaja mengambil alih tampuk pemerintahan, maka wajar kita memberinya peluang untuk melaksanakan apa yang telah dikata. Dengan lembut bicara dan susunan kata beliau memberi ulasan yang panjang lebar dan disokong oleh yang menemuramah juga. Salah satu kenyataan yang masih diingati ialah, kita harus menerima keputusan yang telah disepakati dengan hati terbuka dan memberi sokongan padanya (keputusan perlantikan pemerintahan diterajui orang yang baru pula).

Seperti baru dapat memikirkannya pula, pagi ini hal itu pula yang bermain di kepala, walhal ianya jadi beberapa hari sudah. Ketika itu tak dapat memikirkan apa-apa mungkin seperti biasa bila mendengar sesuatu seperti itu apa yang mampu dilakukan hanya tergelak kecil dan kelucuan amat terasa, lumrah.

Apa yang ingin disebutkan disini, pertamanya si pemanggil tidaklah terus mengadili dengan membabi buta, tapi pemanggil itu mempersoalkan berdasarkan apa yang tidak sepatutnya berlaku (ketika pemimpin itu baru naik dengan slogannya itulah, perkara yang bercanggah dengan slogannya itu dilakukan). Dia tidak mengatakan tak yakin atau apa saja kenyataan yang dia mengadili situasi berdasarkan andaian dan sebagainya. Dia hanya member satu persoalan yang agak menarik kerana satu soalan yang memerlukan jawapan bagi membela perlakuan yang dilakukan pemimpin itu. Bukan penjelasan berkenaan keputusan perlantikan pemimpin itu harus diterima atau tidak. Dan bukan juga persoalan ingin menutup peluang pemimpin itu melaksanakan apa yang telah dijanjikan.

Kedua, adakah kita akan sentiasa dengan situasi sentiasa memberi peluang kepada satu kumpulan yang sememangnya dari dulu sentiasa memerintah ini. Sebelum ini begitu juga, berlaku banyak kesilapan dan ketika sokonga merosot, ditukar pemimpinnya, dengan slogan yang baru diraih kembali sokongan. Pemimpin tidak melakukan tugas dengan baik, ternyata banyak kesilapan dan kesalahan akhirnya satu ledakan memprotes berlaku dan pemimpin itu ditolak. Kini ditukar lagi dengan yang lain, slogan pun dah tentu lain, kerana pemimpin sebelumnya ditolak dengan slogannya sekali. Dan sudah tentu yang baru mesti mempunyai idea tersendiri dan prinsip yang lain pula demi meraih sokongan. Jadi setiap kali berlaku penolakan, atas alasan ini mereka harus diberi peluang lagi untuk sekelian kalinya. Persoalannya berapa peluang yang diperuntukkan? Dan setiap kali peluang diberi dipersiakan dengan mudah. Jadi dengan itu berapa kali penukaran pemimpin dan slogan-slogannya akan berlaku sehingga masalah benar-benar dapat diselesaikan. Dalam masa yang sama masa berlalu, bukankah lebih tepat jika untuk diatasi masalah itu, kenyataan ‘diberi peluang ‘ itu adalah untuk satu kumpulan lain yang sememangnya lain serba serbi, bukan sekadar pemimpin dan slogan tapi segala-galanya. Yang paling penting dasar yang berlainan diatas prinsip yang berlainan. Konsep penukaran pemimpin ini tidak lagi boleh digunapakai, jika sistem, dasar dan prinsip yang sama digunakan, yang terbukti tidak berguna adalah tiga perkara ini. Yang terbukti tidak dapat melahirkan pemimpin yang sebenar dan tidak berkesan bagi sebarang bentuk penyelesaian. Ianya secara total harus digantikan dengan yang lain. Penukaran pemimpin dan slogannya sahaja berisiko perkara yang sama berulang, dimana atas konsep bahawa dalam pemerintahan Negara bukan bergantung pada seorang pemimpin tetapi kepada satu kumpulan yang dinamakan kerajaan. Ianya memerlukan kerjasama, dimana sekiranya pemimpin yang baru ini, yang dahulunya tidak berada jauh dengan pemimpin sebelumnya sudah ada peluang yang dipinta untuk diberikan ketika ini. Mereka berdiri dan bergerak dalam kumpulan yang sama. Ianya bukan tergantung pada seorang tapi semua ahli kumpulan itu. Jika ini tidak diselami, maka risikonya pemimpin abru ini apa pulak jadinya nanti, adakah jika berlaku lagi permasalahan, maka selepas ini ditolak pula beliau dan diganti pula dengan pemimpin yang lain dari kumpulan yang sama dengan slogan tersendirinya pula. Sampai bila harus begitu? Jadi kumpulan-kumpulan lain harus dibubarkanlah, begitu? Tiada perlunya.

Ketiga, terimalah keputusan ini dengan hati terbuka dan sebagainya… bilamasa adanya pemilihan. Siapa yang memilih pemimpin baru itu. Ianya diberi pangkat itu bukan atas pemilihan. Dan ketika persoalan ini datang di kepala, tawa kecil ketika mendengar rancangan itu tiba-tiba dirasakan bodoh. Terasa bodoh diri ini bila mengenagkan boleh ditawakan benda yang bodoh seperti ini. Dimana logiknya, yang disoal dan yang menyoal tidak sekata. Masing-masing dalam tajuk yang berlainan. Yang penting yang ditanya atau yang menerima komen pemanggil itu member ulasan panjang lebar tanpa jawapan atau tanpa isi kandungan yang dapat meredakan keluhan tersebut.

Maka mungkin boleh diputuskan tulisan yang lahir dari minda ku di pagi jumaat ini juga adalah sia-sia, kerana situasi di Negara kini kita berdepan sesama kita dengan bentuk percakapan yang berlainan. Satu pihak bercakap berkenaan kebenaran dan satu lagi pihak yang bercakap demi melakukan pembelaan, sokongan atau lebih tepat penafian yang berterusan.jika dibuat rumusan berkenaan isi kandungan dua kumpulan yang saling bertentangan ini bukan boleh diibaratkan seperti perlawanan bolasepak contohnya, dimana satu pasukan sedang dengan bergayanya mengawal permainan, membuat gerakan-gerakan berbahaya tetapi apabila satu pasukan itu mahu menjaringkan gol, satu pasukan lagi alihkan tiang gol. Mungkin berat tiang gol, tak dapat nak buat selalu, taktik lain pula, ditetapkan yang semua pemainnya bole menangkap bola dengan tangan. Bila pengadil beri sebarang keputusan mereka membantah malah jika diberi kad kuning sebagainya mereka ambil pula kad itu dari pengadil dan campakkannya keluar padang. Dan berbagai lagi yang tak masuk akal dan amat bertentangan dengan peraturan demi tidak mahu kalah sedangkan jika mereka main dengan betul mungkin tidak teruk mana kekalahan yang semakin jelas akan berlaku itu. Nampaknya pasukan ini hendaklah dikeluarkan terus dari pertandingan atau liga yang dianjurkan terus kerana mereka sudah menjadikan permainan bercelaru dan tidak seperti permainan langsung, malah boleh dikatakan merosakkan permainan dan penonton juga menjadi bingung dengan perlakuan mereka.

Penukaran pemain juga berlaku sewenang-wenangnya. Peraturan-peraturan yang telah dipersetujui sebagai syarat-syarat permainan kini dilanggar sesuka hati dan dituduh pula pasukan yang satu lagi bermain tipu. Jika ditonton perlawanan ini, jadi bodoh jugak kita lama-lama jadi demi kebaikan biarkan mereka di padang dan pasukan satu lagi dengan penonton yang masih waras, tinggalkan mereka itu. Kalau nak sihat nanti, baiklah agaknya mereka-mereka itu. Kita buatlah apa-apa yang patut dan apa yang perlu dengan apa yang ada dahulu. Biarkan mereka seronok sendiri, sampai mereka puas walaupun tak tahulah sampai bila agaknya.

Begitulah senario yang rasanya dapat dilihat seharian kini. Pertembungan dua pihak ini dilihat semakin entah apa-apa. Satu kumpulan dah betul dengan hujah-hujah yang mantap dan berfakta, sedangkan kumpulan satu lagi dilihat merapu meraban.

Baiklah nampaknya diri ini dah jauh melilau meninggalkan tajuk yang berdasarkan temuramah di radio yang disebut di peringkat awal tulisan ini, kalau diteruskan kemana pulaklah nanti akan dibawa, sebelum diri ini juga disifatkan merapu meraban, sebaik-baiknya berhenti disini dan pergi menyantap sarapan yang perlu dibeli terlebih dahulu. Jika tidak diisi perut ni, memang merapu sampai ke sudah la jawabnya.

Akhir kata, satu lagi PRK akan tiba, tak tahu macam mana pula bentuk persediaan dua pihak, tapi rasanya, satu lagi episode diantara yang bercakap dengan yang merapu akan berlaku. Nak senyum pun tak lalu dah, tiada kelucuan lagi dengan scenario yang berulang ini, sebaliknya kebimbangan dengan permasalahan utama Negara yang semakin serius dengan ekonominya, Agama dengan tentangan dan pengkhianatannya dan Bangsa yang yang tak tahu asal usulnya.
Wallahualam…

Permalink Leave a Comment

Usrah

May 18, 2009 at 6:53 am (Uncategorized)

Pernah sekali, dulu di Puduraya, ketika sedang menunggu bas waktu menghantar adik untuk balik ke sekolah, berjumpa dan berbual dengan seorang warga Turki. ketika itu saya sedang membaca Harakah, kalau tak silap waktu2 dekat dengan pilihanraya. kami berbual dimulakan dengan tajuk kalau tak silap saya, saya buka bicara berkenaan bolasepak, saya menanyakan padanya dimana Hassan Sas bermain ketika itu. dan beliau tak tahu rasanya…

apa pun, perbualan kami menjadi rancak apabila bercakap soal politik. beliau menyarankan pada saya yang politik itu kotor, dan tidak sepatutnya mana2 gerakan Islam melibatkan kumpulan mereka dengan politik. kami berbincang dan saya mempertahankan dengan penglibatan parti Islam dalam arena politik di negara ini. rupa2nya definasi politik kami masing2 juga berbeza. beliau menganggap politik ini dikuasai oleh pihak2 tertentu yg sudah semestinya tidak akan membenarkan Islam itu sendiri berkuasa. definasi politik pada beliau ialah, corak atau permainan kotor org2 yg ingin berkuasa. dan pada beliau dalam Islam tiada politik. saya setuju dalam masa yang sama juga tidak setuju, saya menyatakan bahawa penglibatan Parti Islam disini dalam arena politik adalah lebih kepada menggunakan saluran demokrasi yang ada untuk menegakkan agama supaya menjadi satu sistem atau tulang belakang segala sistem yang ada dalam pentadbiran, kemasyarakatan, pendidikan, ekonomi dan pemerintahan. beliau mendengar dengan baik dan menerimanya, apa yg beliau bimbang ialah, penguasaan media oleh Zionis (saya berpendapat mereka ini adalah org suruhan Dajjal – bukan setakat Zionis) melalui pengamatan beliau, katanya di Malaysia ini sendiri gah berdirinya bangunan kelab rotary dan beliau menyatakan mereka ini terdapat ramai disini. menurutnya disini mungkin masih boleh menggunakan saluran demokrasi, kerana Islam itu masih tidak dilihat sebagai ancaman, tetapi beliau mengingatkan, yang jika ada terdapat lonjakan kuasa di pihak kumpulan Islam, pasti akan berlaku rombakan besar-besaran undang2 dan sebagainya. beliau menyifatkan perhatikan media terutamanya, ianya akan kelihatan sangat jelas bagaimana mereka akan membela dan cuba menguasai fikiran rakyat demi mempertahankan kuasa pemerintah yang tidak mahukan Islam. beliau menyatakan, kamu menentang pemerintah kamu atas nama Islam, tapi tahukah siapa yang berdiri di belakang beliau yang sedang sibuk berada di seluruh dunia memastikan Islam itu tidak beroleh walau sedikit ruang sekalipun. namu beliau akur dengan pandangan saya dengan mengatakan, selagi boleh digunakan apa saja saluran yang ada, betul juga, gunakan sebaik2nya, atas niat dakwah, dan beliau setuju jika perebutan kuasa pemerintahan demi menegakkan Islam, namun dinasihatkan saya agar berjaga2, kerana musuh kamu yang sebenar tidak kelihatan, mereka ini berada di sebalik tabir.

kemudian saya tanyakan padanya bagaimana di Turki pula? tidak adakah niat mereka untuk melibatkan diri dalam politik atau sebagainya. demi menegakkan Islam. apakah pengaruh2 perjuangan seperti Jamaluddin Al-Afghani sudah tidak subur lagi. beliau senyum dan berkata, kamu mungkin tidak dapat bayangkan keadaan disana, kerana Turki jauh lebih kedepan dari segi ketamadunannya. saya tidak menafikan, beliau mengatakan yang bila satu2 negara itu maju dan tamadun serta sejarahnya yang begitu tua itu berkembang. begitu juga dengan kejahatannya, ianya telah sampai satu peringkat yang lebih jahat dari negara lain yang perkembangan tamadunnya masih di peringkat pertengahan. mudah kata, lagi tua satu2 tamadun itu lagi hebat kejahatan dan penentangannya. oleh itu, disana mereka tidak ada langsung peluang untuk melibatkan diri dalam politik, hanya yang berfikiran sekular sahaja, yang Islam sejati dan pejuang2 akan dihapuskan walau ada sedikit berita mengenai perkembangan gerakan atau pengaruhnya. sekatan disana terhadap Islam amat hebat mengalahkan mana2 sekatan yang ada. mereka bagaimanapun bergerak tapi secara sulit, tidak boleh dhidu oleh pihak berkuasa, di sana mereka berkumpul dalam jumlah yang kecil dalam menyampaikan maklumat dan dakwah. ianya dilakukan tidak rasmi supaya tidak begitu kelihatan, malah perjumpaan2 mereka juga tidak ubah seperti pengumpulan ahli keluarga terdekat sahaja. dalam pertemuan itu mereka berdakwah dengan ahli2 baru yg hanya dibawa paling ramai pun dua org saja. ianya semakin hebat namun masih secara rahsia dan sulit. perkembangannya amat positif, mereka berbincang berkenaan masa depan Islam, dan disamping menerangkan dan berdakwah dengan yang hadir buat pertama kali atau kedua kali. Alhamdullilah, tiada pula setakat ketika yg saya dengar, cerita2 yg ahli2 gerakan ini tertangkap dan sebagainya, moga mereka terus dilindungi Allah sentiasa. Islam dan Turki mempunyai hubungan yang amat kuat, oleh itu pemerintah disana habis kesemuanya dikuasai (Zionis) demi menyekat perkembangan Islam. berbagai usaha dlakukan kalau boleh untuk menghapuskan terus Islam. akhirnya, perbualan kami akan berhenti setakat itu, dan bas yang beliau tunggu pun tiba. kami mengucapkan selamat keatas diri masing2 dengan penuh doa terhadap perjuangan masing2. satu pertemuan yang saya tak akan lupa sampai bila2. sedetik waktu untuk segumpal ilmu dan manfaat dikongsi bersama. bahagia rasanya dapat mengetahui perkembangan saudara2 yang lebih susah perjalana perjuangannya berbanding kita, namun dimana pun kita berada, kita masyarakat Islam ditentang dari semua sudut dan dari segala bentuk penindasan. kuasa2 yg besar bersatu menentang kita. namun kerana Islam ini bukan agama manusia, dan ianya agama Allah, maka mereka mungkin boleh mendabik dada dengan kekuatan yang diberi pinjaman dari pencipta, tetapi dalam pada itu mereka adalah amat rugi kerana menentang agama Allah, kerana tidak mungkin mereka akan beroleh kemenangan. dan kita umat Islam, jangan gundah dan jgn bimbang, kemenagan kita adalah jani dqari Allah yg menciptakan segala isi perut muka bumi dan alam semesta ini. tak mungkin dan mustahil ianya tidak terjadi, iaitu kemenanga sudah pasti milik kita, kemenangan di akhirat kelak, semoga kita tidak tergolong dalam kumpulan org2 yg rugi itu.

pasti saya terlupa menyebut gerakan yg dimaksudkan oleh sahabat tadi, gerakan yang merupakan satu2 nya harapan masyarakat islam turki dalam mengekalkan dan mengemabangkan ajaran Islam disana itu ialah Gerakan Usrah. saya tidak sempat memberitahu beliau yag kita disini ada gerakan seperti itu juga memalui parti Islam, namun mungkin ketika itu sendiri saya tidak nampak lagi Usrah2 disekitar perumahan saya, menjadikan saya tidak terbengkitkan hal itu.

saya rindui saat2 mengikut ayah saya berusrah tiap minggu. dan jika dikaji, ia adalah kekuatan PAS yg sebenar yg patut dikekalkan atau disemarakkan kembali. insyaAllah, yg baik itu pasti jadi bila kita usahakan.

wassalam…

Permalink Leave a Comment

Pelayaran yg melanda ombak sederhana

May 18, 2009 at 6:49 am (Uncategorized)

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w. b. t seperti biasa adanya kelapangan saya menjengah ke blog2 utk mengikuti perkembangan politik semasa, kini, dengan adanya blog2 ini, sedikit sebanyak kita dapat berhubung sesama kita dengan lebih kerap. Alhamdullilah. beberapa blog yang saya ikuti nampaknya banyak berkisar berkenaan PAS yg akan menghadapi muktamar, dimana pertembungan pendapat dan berbagai isu dalaman kini muncul dan diapi2kan lagi yang ada dikalangan mereka itu seperti tidak berperibadian sebagai ahli PAS. saya tidaklah sematang mana dalam perjuangan, tapi rasanya dibesarkan dalam suasana PAS yang sebenar dapat membezakan corak pertuturan orang2 PAS dan yang bukan atau yang mungkin masih baru. apa sekalipun, ianya masih sekadar andaian. walaubagaimanapun, saya ingin berkongsi pengamatan saya terhadap perkembangan PAS sedikit sebanyak dan apa yang saya rasa berlaku di dalam PAS itu sendiri. pertama, kita lihat dari perspektif pimpinan. dari kacamata pucuk pimpinan yang diterjemahkan melalui suara pemimpin kesayangan kita atau presiden. sejak dari awal perjuangan, penglibatan beliau dalam perjuangan tidak boleh sedikit pun dipertikaikan, PAS diibaratkan sebagai hidup beliau, segala2nya. tidak ada yang lain melainkan perihal perjuangan sahaja yang menjadi agenda sehari2 beliau sejak dari dulu lagi. sebagai pemimpin, apa yang beliau lihat dan fikir tidak sama seperti kita ahl biasa, oleh yang demikian tidak semuanya apa yang dilontarkan beliau disenangi kita sentiasa. banyak unsur2 yang perlu dipertimbangkan dan kebimbangan beliau tidak lah lain tapi demi menjaga kestabilan dan kesucian parti disampaing menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin untuk membela rakyat. jika dilihat pasca PRU 12 ini, cuaca di dalam PAS sudah banyak berubah, ini yang kita bincangkan; 1. PAS sedikit bergolak kerana PAS tidak menerajui PR, dimana ramai ahli PAS tidak suka dengan senario ini, ditambah lagi dijolok pula oleh suara2 dari UMNO, maka ianya dilihat semakin menjadi, lantas dari persepakatan yang dibuat di dalam muktamar lepas, PAS akan meneruskan agenda bagi memantapkan hubungan sesama PR. namun selepas beberapa siri pengkhianatan yang berlaku oleh wakil2 dari parti yang masih mentah itu, menyemarakkan kembali pergolakan ini. 2. Isu-isu yang diada2kan. tidak tahu dari mana muncul, dikatakan PAS kini dipengaruhi oleh pihak2 Erdogan dan sebagainya, tidak ada asasnya kemunculan isu ini, namun kemungkinan ianya wujud tidak boleh dinafikan, jika dilihat kita semakin kuat, musuh2 juga akan mula mendekati kita. namun, PAS adalah perjuangan yang dilindungi Allah, kita ahli wajib yakin dengan yang ini, insyaAllah, jangan terlalu bimbang hingga menggugat keimanan kita sendiri. 3. Yang terbaru, isu yang ditimbulkan oleh pimpinan sendiri, yang tidak disengajakan, namun ini adalah terjadi kerana ahli2 kini dapat berhubung dengan mudah, biasanya dulu, sebelum berita tersebar, ianya sudah terlebih dahulu disahkan, sekurang2ya sempat satu kenyataan rasmi bersama dapat dibuat ekoran dari maklumat yang sampai pada peringkat ahli biasa sampai agak lambat. Kini yang panas adalah berkenaan kepimpinan Ulama. disini kita lihat banyak pertembungan dan percanggahan yang setakat ini boleh dianggap sihat berlaku. pandangan saya: 1. sebagai ahli PAS saya juga tidak suka dengan keadaan dimana PAS tidak menerajui kepimpinan PR, namun kita telah bersepakat sebelum PRU, maka keputusan selepasnya kita harus terima, kerana ini pasti tidak mendatangkan banyak kesan jika PR tidak menang besar dalam PRU itu. namun lupakan sola itu, dimana jika kita menyedari akan keadaan ini, jangan kita sibuk dengan menentang mereka yang berpakat denga kita, tapi inilah peluang yang amat baik untuk kita memantapkan parti, kita harus ambil peluang ini demi mendekati mereka2 ini yg bersama PR melalui PKR atau DAP. kita harus guna kesempatan ini untuk memperkenalkan PAS itu dengan lebih mendalam, dan kita sebenarnya harus memainkan peranan supaya mereka lebih mendekati PAS dengan lebih mendalam. insyaAllah, ahli2 PKR ini kita serapkan kedalam PAS secara perlahan akan menjadikan mereka sertai PAS keran pemahaman dan atas keyakinan terhadap perjuangan PAS itu sendiri dan bukan semata2 utk menentang UMNO. PKR harus dijadikan jambatan diantara UMNO dengan PAS, dimana kebanyakan UMNO yang berfahaman sekular ini lebih cenderung untuk menyertai PKR, kita anggap ianya satu langkah mula, kita bantu untuk mereka2 ini menyambung penyeberangan ke dalam PAS pula. berkenaan mereka ini yang kelihatan masih mentah dalam perjuangan, kita didik dan tunjuk mereka contoh2 dari pejuang2 yang disifatkan lebih matang dan utuh pegangannya. insyaAllah, mereka akan belajar dari kita justeru, PAS bukan saja akan menjadi lebih mantap, tapi tempias dari tarbiyah yang wujud di dalm PAS bisa mempengaruhi rakan2 seangkatannya yang berbeza fahaman. 2. walaubagaimana ia dimomokkan, say tetap berpendapat yang ini adalah isu yang diwujudkan demi melaga2kan PAS. ianya juga satu langkah untuk mengasingkan golongan profesioanal dan ulama yang menjadi faktor kepada pemantapan PAS itu sendiri. dimana PAS sebelum ini disifatkan sebagai parti2 pak lebai kini tampak lebih eksklusif dan profesional, selaras dengan keperluan pentadbiran sebuah kerajaan yang stabil dan maju. PAS sebenarnya semakin mantap kerana berjaya dalam menangani kelemahan demi kelemahan, jika dulu dikatakan PAS ini hanya terdapat Ulama, tidak mampu memerintah yang memerlukan banyak kepakaran2 lain juga. kini, wakil2 dari PAS merupakan Dr2 dan Ir2, ini adalah satu perkembngan yang menbuntukan pihak lawan. jika dulu kaum lain ditakut2kan lantas PAS ini dianggap sebagai parti untuk orang Islam sahaja, kini, menerusi kesepakatan PAS bersama2 PR dan melalui kelab penykong PAS itu sendiri PAS dilihat adalah parti kedua kegemaran2 masyarakat2 bukan melayu dan belum Islam. jadi untuk memecah kebuntuan ini, satu tindakan provokatif amat perlu, dan ianya perlu diwujudkan segera. dan saya percaya sangat2 ini lah yang menjadikan beberapa isu dalaman PAS kini diapi2kan dengan rancaknya. 3. kenyataan2 dari pemimpin khususnya presiden parti, sebenarnya adalah perkara biasa apabila ianya sesuatu yang bersifat diluar dugaan, namun kerana kini dengan kepantasan maklumat tersebar maka terdapat ruang bagi pihak musuh untuk menyelinap masuk dan mengapi2kan kesalahfahaman berikutan dari kenyataan2 ini. perihal ini ingin saya memperincikannya lagi seperti ini; – ketika berlakunya rundingan diantara PAS dan UMNO dulu, ianya adalah wujud kerana kebimbangan melihat senario yang dilihat seperti wujud ancaman kepada melayu. mungkin ianya langkah yang diambil demi menamatkan krisis perpecahan dikalangan melayu yang dilihat semakin parah, PAS melihat UMNO seperti kelemasan dan memerlukan bantuan, walaupun bermusuh PAS seolah2 ingin cuba membantu atas dasar pendekatan PAS selami ini pun bukan bermusuh (PAS yang dimusuhi) maka satu2 kumpulan ini, usahakan satu rundingan melibatkan presiden (dimana presiden akan terlibat dengan apa saja usaha demi kebaikan bersama) untuk kononnya bersatu dengan UMNO. ianya ditentang dengan hebat dan akhirnya dalam muktamar keputusan sebualat suara untuk tidak meneruskannya. presiden sikit pun tidak beri reaksi negatif berkenaan penentangan ini, dimana, sebaik mana pun TGHH ini, beliau sudah tentunya lebih menyayangi ahli PAS ini. dan berkanaan kerajaan perpaduan, beliau sudah jelaskan, dan yang ini jika dilihat kenyataan dalam akhbar yang dubuat presiden, ianay sebenarnya ternyata berbeza dengan kerajaan campuran. sekali lagi ianya diutarakan demi kebaikan, ramai2 yang menyatakan kebimbangan diatas pertikaian yang berlaku dikalangan pemimpin, dalam negara berhadapan dengan krisis ekonomi, disini lah TGHH memainkan peranan dengan mengutarakan idea seperti itu yang mungkin boleh dilakukan demi kepentingan negara dan rakyat. – berkenaan kepimpinan ulama pula. salam buat semua… kepimpinan ulama atau tidak, kita berdiri diatas landasan yang dinamakan perjuangan. di dalam perjuangan, segala2nya akan berubah mengikut keadaan semasa dengan apa yang diutamakan matlamat perjuangan itu sendiri. kepimpinan, memerlukan lebih dari sekadar ilmu, tetapi jiwa yg kuat dan hati yg bersih. kedudukan pimpinan samada no 1 sampai no 10 itu tak penting, apapun ianya merupakan barisan kepimpinan yang akan menjadi tonggak kepada halatuju perjuangan. kepimpinan ulama atau tidak, adalah bergantung. sekiranya terdapat ramai dikalangan ahli adalah ulama, bukankah lebih afdal jika mereka yg memimpin, betul boleh dirujuk kpd ulama, tetapi keputusan yg bakal dibuat akan jadi lebih cepat dan tepat jika ianya dibuat dikalangan ulama sendiri. beserta dalil2nya, dpt diputuskan ketika itu juga. kepimpinan dari kalangan profisional pula, juga baik sekiranya terdiri dari mereka yang sanggup bersungguh mendekati agama, belajar berkenaan agama dgn lebih terperinci, namun, boleh juga dilantik dahulu, kerana kebanyakan perkara turut akan tetap dibincangkan dlm mesyuarat dgn ahli ulama. apa yg penting disini, bukan kepimpinan yg terdiri dari ulama atau tidak, tetapi ianya mesti berdasarkan, kesederhanaan dan keikhlasan calon itu sendiri. bkn saja yg boleh berdebat, tetapi berprinsip dan teguh dgn pegangan serta patuh pada agama. inilah ciri2 kepimpinan dlm PAS yg diutamakan. bila dilihat dari ciri2 inilah, kebanyakannya yg ada ciri2 seperti ini adalah dari kalangan ulama. ada yg dari kalangan profesional tapi tak ramai. apapun, soal peluang hanya diberi pada lulusan azhar dan sebagainya, itu semua hanya kebetulan. ahli2 PAS melihat keperibadian, dan ini yg menjadi sumbangan terbesar kpd kemenangan di pihak PAS selama ini. jgn kita mempersoalkan peluang berkenaan kepimpinan itu seperti ianya adalah satu peluang kerjaya. kepimpinan ini, adalah satu tugas yang amat berat dimana ia melibatkan tanggungjawab dan kewajipan2 tertentu yg besar fungsinya. ia tidak seharusnya jadi seperti itu, kalau nak membina kerjaya, teruskan dgn usaha murni itu tetapi kepimpinan memerlukan satu kata hati yg amat kuat utk berjuang dan berkorban. ianya amanah yg tidak seharusnya dipinta atau ditolak, kita semua berkewajipan memainkan peranan sebyk boleh dlm perjuangan, dan siapa yg merupakan paling kuat dan sentiasa berada di barisan hadapan dlm masa yg sama sentiasa menoleh mereka yg dibelakang utk dilihat keadaannya, mereka inilah yg akan memimpin. soal kepimpinan ulama atau tidak kita lihat pada senario ini. contoh Iran utk di ikuti adalah sgt baik, tapi Ahmadinejad jika bukan ulama, lihat pada kesederhanaannya dlm masa yg sama jiwa kepimpinannya begitu hebat. inilah ciri2 yg perlu ada, dan jgn lupa Ahmadinejad adalah bekas tentera Evolusi yg berjuang di barisan hadapan dlm mempertahankan Iran. kita lihat dgn teliti dan kita sematkan didlm hati siapa yg akan kita pilih dgn penuh beradab, kemudian kita doa pada Allah agar perjuangan kita ini diberkati dan dilindungi dari segala bentuk kejahatan dari luar dan di dalam. insyaAllah, kita semakin hampir dengan kemenangan di dunia, walaupun matlamat kita adalah akhirat. perjuangan yg tiada akhirnya hingga hari kiamat akhir kata, suburlah ianya dan pasti berbuah… wassalam.

Permalink Leave a Comment